Wanita

Doa Yang Boleh Diamalkan Oleh Ibu Untuk Mempermudahkan Proses Bersalin

Oleh Fizah Lee  •  4 Nov 2020  •  2 min baca

Proses melahirkan anak adalah proses akhir pada fasa kehamilan dan jangka masa bersalin berbeza-beza bergantung kepada individu.

Kebiasaannya, wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding dengan wanita yang pernah bersalin.

Ramai di kalangan ibu yang berkongsi pengalaman melahirkan yang sangat luar biasa. Kesakitannya tidak dapat ditanggung. Bayangkan, kesakitan mengandung telah ditanggung oleh ibu selama 9 bulan ditambah pula dengan kesakitan semasa melahirkan dan proses selepasnya.

Itu adalah salah satu bukti bahawa tingginya jasa dan taraf seorang wanita yang bergelar ibu dan disebabkan itu mereka perlu sentiasa dihormati.

Namun, untuk anda yang bakal melahirkan cahaya mata, ada banyak cara yang boleh membantu memudahkan urusan kelahiran anda seperti melakukan aktiviti ringan dan sebagainya.

Dan, antara cara yang paling mudah ialah dengan memohon kemudahan daripada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa dan zikir kepadaNya.

Imam Nawawi menyebut melalui karyanya mengenai beberapa ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk membantu urusan kelahiran ibu yang ingin bersalin.

Diceritakan bahawa ketika Saidatina Fatimah ingin melahirkan anaknya, Rasulullah SAW pernah berpesan kepadanya untuk melazimi ayat Qursi dan disekalikan dengan potong ayat daripada surah Al-A’raf.

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّـهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ 

Mafhum: “Sesungguhnya tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengirinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah Al-A’raf, 7:54)

Selain daripada dua ayat di atas juga, ada beberapa surah ringkas yang boleh dibaca seperti surah Al-Falaq dan An-Nas kerana ia adalah antara ayat yang boleh dibaca untuk memohon perlindungan.

Yang paling penting dan mudah ialah boleh sahaja memperbanyakkan zikir dan selawat agar urusan bersalin itu berjalan dengan lancar.

Sumber:
Bincang Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami