Ibadah

Doa Nabi Yunus – Allah Tidak Meninggalkan HambaNya Terkapai-Kapai

Oleh Fizah Lee  •  18 Dec 2019  •  2 min baca

Nabi Yunus AS terkenal dengan kisahnya yang telah meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Baginda telah menaiki kapal yang dipenuhi dengan penumpang yang amat ramai.

Menurut beberapa riwayat, Nabi Yunus telah meninggalkan kaumnya kerana sudah tidak sabar lagi dengan perangai kaumnya yang tidak menerima ajaran yang disampaikan.

Menurut Tafsir Ibn Kathir, kapal yang dinaiki baginda telah dipukul ombak dan semua penumpang berasa takut jika kapal tersebut akan karam. Oleh hal yang demikian, mereka telah melakukan undian untuk membuang salah seorang daripada mereka ke tengah-tengah laut bagi meringankan bebanan kapal tersebut.

Nabi Yunus AS dikatakan telah dibuang ke laut selepas tiga kali berturut-turut undian yang dilakukan itu terkena kepadanya.

Dalam keadaan reda dengan ujian yang ditimpanya, baginda pun dibuang oleh mereka ke dalam laut dan baginda telah ditelan oleh ikan paus yang besar.

Diriwayatkan juga bahawa baginda telah berada di dalam perut ikan paus selama 40 hari dan 40 malam. Selama itu, baginda saban hari berdoa memohon pertolongan daripada Allah dan memohon keampunan di atas dosa yang dilakukannya.

أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Mafhum: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya, 21:87)

Allah telah menyelamatkan Nabi Yunus daripada kesedihan itu dan dikeluarkan baginda daripada mulut ikan tersebut asbab daripada doa yang telah dibaca baginda.

Doa ini boleh diamalkan oleh semua orang apabila mengalami masalah agar hati dan jiwa kita sentiasa lapang serta supaya Allah menunjukkan jalan keluar kepada setiap masalah yang berlaku.

Malah, terdapat sebuah riwayat lain – terdapat seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan doa tersebut:

“Wahai Rasulullah, adakah doa itu hanya untuk Nabi Yunus sahaja atau untuk kaum muslimin seluruhnya?”

Baginda kemudian bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar firman Allah; “Dan Kami menyelamatkannya dari kesedihan dan seperti itulah Kami menyelamatkan orang-orang beriman.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Al-Hakim)

Oleh itu, buat setiap jiwa yang merasa sedih dan buat setiap hati yang sentiasa dalam keresahan dek masalah yang melanda, cuba untuk amalkan doa yang pernah dibaca oleh Nabi Yunus saat dirinya putus pengharapan dan dalam keadaan gelap gelita di dalam perut ikan.

Allah tidak pernah mengabaikan doa hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh berharap kepadaNya.

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Kisah Nabi Yunus

Rujukan:
Masjid Parlimen Umat oleh Yusuf Al-Qaradhawiy


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami