Keluarga

Didiklah Anak Anda Amalkan Solat Tahajud

Oleh Firdaus Mankind  •  26 Dec 2017  •  3 min baca

Seharian sesudah memenuhi tanggungjawab yang pelbagai, waktu malam lazimnya kita manfaatkan untuk berehat menghapus lelah sebelum menyambung semula urusan keesokan hari. Itulah nikmat waktu malam yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita.

Namun, nikmat waktu malam tidak hanya terhad untuk berehat semata-mata. Di sebalik kegelapan malam itu, tersirat rahsia berupa kekuatan yang diberikan Allah.

Menerusi ayat 1 sehingga 5 Surah Al-Muzammil, Allah menggalakkan kita untuk bangkit beribadah pada waktu malam.

Kekuatan tersebut dijelaskan menerusi salah satu tafsir masyhur, Tafsir fi Zilal al-Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an yang mengaitkan Surah al-Muzammil dengan kebangkitan dakwah Rasulullah S.A.W;

“Dengan panggilan itu Rasulullah mula mengerti bahawa zaman “tidur” sudah berakhir, bahawa Rasulullah sedang berhadapan dengan tugas besar dan perjuangan sengit yang panjang, bahawa telah menjelang zaman kebangkitan, kerja keras terus-menerus yang tidak akan mengizinkannya untuk tidur lagi”

Panggilan tersebut merujuk kepada permulaan ayat kedua Surah Al-Muzammil iaitu “Qum!” yang bermaksud “bangun!”.

Amalan beribadah pada waktu malam sepertimana diperincikan dalam mulai ayat pertama sehingga ayat kelima surah ini banyak dikongsi sebagai asas utama yang mempengaruhi peribadi ramai individu yang berjaya sehingga ke hari ini.

Kita dapat mencontohi kejayaan Ustaz Mohd Arip Sa’aya yang melalui pelbagai cabaran kehidupan termasuk dalam mendidik anak-anaknya yang menepati intipati dari surah tersebut.

Didikan ini meliputi galakan menunaikan solat tahajud dalam kalangan anak-anak beliau sepertimana yang didedahkan, Puan Nurul Hana Mohamed Khairi, dalam satu posting Facebook beliau.

Kini ayahnya berumur 63 tahun, Ustaz Mohd Arip Sa’aya yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan dakwah.

Kejayaan beliau mendidik 11 orang cahaya matanya di sebalik kesibukan tanggungjawab kerjaya dan turun ke lapangan dakwah nyata menepati pemilihan beliau sebagai tokoh bapa mithali.

Menurut bapa kepada 11 cahaya mata ini, beliau menekankan kepentingan berserah kepada Allah dan menekankan didikan pengetahuan agama dalam kalangan anak-anaknya.

Kini kesemua anak-anak Ustaz Mohd Arip Sa’aya telah berjaya di lapangan profesion dan kerjaya yang pelbagai. Resepi yang didedahkannya adalah;

“Berdoa dan berserah kepada Allah, itu yang saya lakukan dalam mendidik anak-anak kerana Allah yang memberikan kita segala-galanya,”

Menurutnya, ilmu agama adalah yang utama diterapkan sejak kecil lagi malah anak-anaknya sudah diajar mengerjakan solat hajat sejak di sekolah rendah.

Beliau dikurniakan lima anak lelaki dan enam perempuan termasuk dua pasangan kembar, berusia di antara 11 hingga 33 tahun.

Walaupun menghadapi rintangan dari segi keadaan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, namun ia tidak menghalang Ustaz Mohd Arip Sa’aya untuk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sebagai calon persendirian.

Beliau memperolehi keputusan cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Saya daripada keluarga susah, tetapi itulah kurniaan Allah yang memberikan keazaman untuk saya berusaha sehingga berjaya”

Persekitaran kehidupan semakin rencam dengan cabaran dan dugaan. Namun, al Quran sarat dengan pengajaran dan galakkan kepada kita untuk terus berusaha di samping berdoa kehadrat-Nya.

Kisah kejayaan Ustaz Mohd Arip Sa’aya adalah sebahagian daripada kisah insan biasa yang berjaya mencapai sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan mereka. Tiada apa yang mustahil untuk dicapai dalam hidup ini!

Ayuh! kita bangun Solat Tahajud 2 rakaat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Firdaus Mankind

Penulis selalu mengamati setiap perkara berlaku di sekiling dan ingin mengulasnya dari perspektif berbeza. Penulis sepenuh masa semenjak 2005. Penulis bersama untuk Buku Mempengaruhi Boss Gaya Streetsmarts (2008) serta pernah menyumbang penulisan di akhbar Berita Harian dan Tunas Cipta.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami