Gaya Hidup

Di Lorong Gelap Itu

Oleh Ebit Liew  •  22 Jun 2019  •  3 min baca

Jarum jam menunjukkan tepat 12.00 malam, kami terus pergi ke lorong-lorong jumpa transgender/maknyah dan wanita-wanita yang kerja di lorong.

Menangis selepas saya bertemu dengan mereka. Tidak berhenti mereka ucapkan terima kasih kerana datang. Tidak pernah lagi sesiapa datang di lorong ini beri nasihat. Itu paling buat saya sebak dihati.

Sebak menangis bila dapat jumpa saudara yang baik yang diuji dalam kehidupan. Ada seorang itu mula bekerja di lorong dari umur 11 tahun lagi. Belum sunat lagi masa tu. Untuk sara dan bantu keluarga adik beradik, sehinggalah ke hari ini.

Menangis saya dengar. Beberapa orang lagi, bekerje sejak dari 14 tahun dan 15 tahun. Selepas memberikan nasihat saya peluk mereka. Terkejut terharu dan ada yang menangis. Maknyah atau transgender mereka tetap saudara kita, yang perlu kita tarik ke syurga.

Mereka bawa saya ziarah semua wanita dan transgender yang kerja di lorong. Banyak soalan mereka. Ya Allah. Saya sedih tengok tempat kerja mereka. Bilik panas dan sempit. Ada yang yang tadi belajar solat dan lain-lain.

Sedih rasa, apabila mereka tekun dengar nasihat yang saya sampaikan. Ramai tinggal tempat kerja mereka, sedangkan malam ini malam minggu ramai orang. Mereka terus ikut dan banyak dapat berbual dengan mereka. Mereka sedar jelas halal dan haram. Semoga Allah beri kekuatan.

Ada seorang kakak ni sudah lama kerja di lorong, suami sudah tiada. Anak 3 orang belajar di Mesir. Bila anak minta duit dia bagi dan anaknya tidak tahu kerja maknya apa. Dia seorang diri besarkan anaknya.

Saya doakannya dapat keluar dari kerja semua ini dan anaknya dapat bantu ibunya. Sedih menangis kakak itu apabila berkongsi cerita dengan saya.

Dengar cerita mereka kadang-kadang menangis kuat-kuat seorang diri berdoa minta Allah berikan kekuatan dalam perjalanan menjadi hamba Allah dan menangis rindukan ibu bapa.

Pernah juga saya lakukan dakwah pada sekumpulan lesbian dan pengkid. Saya jumpa dengan sekumpulan lesbian dan pengkid. Berdebar pada mulanya apabila saya tengok arak dan bekas arak dari pintu masuk lagi.

Bila jumpa mereka semua baik-baik dan sangat hormat pada saya. Dengar dengan tangisan. Terkejut saya apabila mula cakap Allah sayang. Mereka menangis. Masing-masing menangis.

Mereka bercerita bagaimana hidup dan ujian dalam kehidupan mereka. Dari remaja dan sehingga dewasa. Ada yang datang dari jauh nak berjumpa dengan saya. Alhamdulillah ramai yang datang nak berjumpa.Soalan dari mereka yang buatkan saya menangis.

“Ustaz, kami kotor dan berdosa. Allah maafkan kami ke? Kami boleh solat ke? Allah mesti tak maafkan kami. Kami cuba tapi kami gagal dan tenggelam dalam dunia ini.’

Sedih saya dengar soalan daripada mereka. Baik sangat hati mereka ini. Mereka rindu nasihat yang baik. Mereka menangis sahaja sepanjang kami bercerita Islam selama dekat 2 jam dalam private room. Saya cakap kepada mereka;

“Allah maafkan walau apa pun dosa kita, selagi kita ingin bertaubat. Setiap orang berbeaza ujian dalam hidup ini. Allah sayang kita, jumpakan kita di sini cerita kebesaran Allah dan akhirat.”

Selepas habis ada yang kata;

“Ustaz kalau boleh nak peluk ustaz, macam ustaz selalu peluk orang dekat luar sana. Tapi kami tahu tak boleh. Cukuplah ustaz teruskan nasihat kami dan doakan kami.”

Ada beberapa yang telah berhijrah dan cuba bantu kawan-kawan yang lain. Tahniah teruskan istiqamah Allah sayang selagi kita bertaubat dan perbaiki diri jaga perintah Allah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami