Remaja

Depresi Di Saat Jiwa Meningkat Remaja

Oleh Rasyidah Rahmat  •  1 Dec 2018  •  4 min baca

“Stressnya!!”

“Aku rasa mati lebih baik!”

“Kenapa semua orang tak faham aku!”

Suara-suara hati yang adakalanya terluah juga dek terlalu menghadapi tekanan yang hebat dari sudut emosi dan mental.

Faktanya juga menjadi seorang remaja tidaklah semudah yang kita lihat. Sebagai tempoh transisi (perubahan/perpindahan) dari masa awal usia kanak-kanak sehingga masuk ke dalam usia awal dewasa.

Sewaktu usia remaja adalah menjadi waktu yang sangat sulit bagi diri seorang remaja. Hal ini kerana, dengan emosi mereka yang belum matang, mereka cenderung memberontak pada apa yang mereka tidak suka sehingga berlaku gejolak ataupun kecelaruan dan konflik emosi.

Mengapa Remaja Mengalami Depresi?

Dalam kehidupan bersosial, seperti dalam hubungan kekeluargaan, persahabatan, percintaan, atau perkara-perkara yang menjadi rutin harian mereka seperti pembelajaran akan menyebabkan pencetus berlakunya tekanan kepada mereka.

Malah, perkara ini menjadi pemula berlakunya stress jika tidak pandai mengawalnya. Namun, jika stress ini tidak diselesaikan dengan cepat dan berlarutan maka hal ini menyebabkan terjadinya depresi.

Beberapa faktor yang dapat menjadi penyebab depresi pada remaja iaitu;

#1- Faktor genetik

#2- Perubahan hormon

#3- Faktor biologis, depresi boleh berlaku apabila faktor biologis terjadi jika neurotransmitter yang merupakan bahan kimia otak terganggu.

#4- Trauma, kesan dari kisah silam yang terjadi sewaktu kanak-kanak seperti pedofilia, kehilangan orang yang tersayang, atau peristiwa yang memberi kesan yang mendalam terhadap diri mereka.

#5- Keterlaluan dalam berfikir negatif

Daripada beberapa faktor yang kita lihat, hal ini akan berkait dengan emosi, jasmani, dan mental remaja sehingga menyebabkan mereka hilang semangat dan motivasi dalam melakukan aktiviti rutin harian walaupun pada perkara yang mereka suka.

Mereka lebih suka menyendiri dan mengambil beberapa tempoh waktu untuk mendapatkan aura ketenangan kembali dalam diri mereka.

Namun begitu, apabila ia tidak dapat dikawal dan berlarutan dalam tempoh yang lama. Maka, remaja yang mengalami depresi akan kehilangan nafsu makan, kesukaran untuk tidur dan tumpuan mereka (terhadap pelajaran atau kerja).

Mereka juga akan mengalami emosi yang berubah-ubah seperti merasa sedih, cemas, berputus asa dan cenderung melakukan perkara negatif sehingga memiliki keinginan untuk membunuh diri.

Perbezaan Depresi Dan Stress

Stress yang normal atau perasaan sedih, kecewa dan putus asa adalah perkara yang wajar dilalui oleh setiap orang. Harus diingat, perasaan seperti ini bukan bererti seseorang itu sedang mengalami depresi.

Oleh itu, untuk membezakan antara perasaan sedih yang normal dan depresi adalah kita sendiri harus berbicara dengan mereka untuk kita menilai secara luaran sama ada mereka ini mampu atau tidak mengawal perasaan/tekanan yang mereka hadapi.

Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat

Kita bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia. Itu adalah hak-hak yang harus kita penuhi.

Sebagai ibu bapa (orang yang paling dekat dengan remaja) sangat memainkan peranan yang penting dalam menghadapi situasi ini.

Begitu juga masyarakat, mestilah mempunyai rasa prihatin dan mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku dalam kehidupan di sekeliling kita.

Antara cara yang perlu dilakukan untuk membantu remaja yang mengalami depresi adalah;
#1- Pelajari tentang depresi. Bacalah maklumat dan info mengenai depresi, tanda atau gejala, cara rawatan dan semua hal yang berkaitan.

#2- Peka terhadap perilaku dan perubahan emosi dan mental anak-anak. Hal ini amat penting kerana apabila mengetahui tanda depresi dengan lebih awal maka ia dapat mengurangkan risiko terjadinya depresi yang lebih buruk.

#3- Komunikasi. Hal ini selalunya ibu bapa sering terlepas pandang. Disebabkan kesibukan bekerja sehingga waktu-waktu bersama anak-anak menjadi keperluan yang paling ringan dan tidak termasuk dalam perkara wajib sebagaimana anda sangat memberi tumpuan terhadap pekerjaan kerana ingin memberikan hasil yang terbaik. Itu silap kita. Muhasabah kembali.

#4- Hadirkan dalam diri anak-anak rasa keberadaaan kita di sampingnya di saat apa jua keadaan yang dialami. Sama ada ketika gembira mahupun berduka.

#5- Ikuti perawatan dengan teratur. Kita mestilah memastikan seseorang yang mengalami depresi mengikuti jadual perawatan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital supaya proses perubatan teratur dan terlaksana dengan berkesan.

Wahai Remaja, Kalian Tidak Keseorangan

Saya menyeru kepada semua agar sentiasa menanamkan sifat prihatin dan cuba memupuk jiwa ithar walaupun tidak semudah kita ungkapkan. Usahalah yang terbaik untuk membantu orang di sekeliling kita.

Kadang kala kita terlalu leka sehingga terasa hidup seorang dalam dunia walaupun setiap hari kita berjumpa dengan teman sekerja, anak-anak kita dan sebagainya. Kuncinya, santuni mereka. Wallahualam.

Rujukan;
Doktor Tania Savitri, info bahagian kesihatan (psikologi)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami