Ibadah

Dengarkan Pertanyaan Nabi Adam Kepada Allah

Oleh Natirah Azira  •  8 Nov 2018

Pernah terjadi perbualan antara Nabi Adam AS dengan Allah SWT, dan kisah ini diabadikan oleh Ibnu Kathir dalam kitabnya.

“Apabila engkau menciptakan aku, tidakkah engkau tahu bahawa aku akan makan buah yang dilarang tersebut?”

Allah menjawab “Ya”. Sudah pasti Allah tahu segala-galanya.

“Maka, adakah engkau boleh memaafkan aku dan mengembalikanku ke syurga semula kelak”

Dan Allah menjawab “Ya” lalu satu doa telah dipanjatkan oleh Nabi Adam kepada Allah dan doa tersebut diabadikan dalam Al-Quran.

“Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi” (Al-‘Araf 7:23)

Mana-mana manusia pun tidak akan terlepas dari dosa. Namun persoalan yang lebih penting ialah, apakah yang kita lakukan setelah melakukan dosa. Allah menunjukkan dalam perbualan di atas bahawa, peluang untuk meminta ampun dan bertaubat itu terbuka buat hambaNya yang melakukan kesalahan, malah dijanjikan dengan ganjaran dan kenikmatan.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami