Berita, Gaya Hidup

Dapatkan Waktu Yang Tepat Untuk Berbuka Dan Bersahur Dengan Muslim Pro

Oleh Fizah Lee  •  16 May 2019  •  2 min baca

وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ، فَبَانَتْ طَالِعَةً، أَوْ ظَنَّ أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ، فَبَانَ طَالِعًا، أَفْطَرَ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَنْصُوصِ، وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ

“Sekiranya seseorang makan kerana menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya atas nas yang sahih dan ia diputuskan oleh jumhur ulama.” (Kitab Raudah al-Talibin)

Mazhab Syafi’e telah menekankan bahawa untuk berbuka puasa, kita perlu yakin dengan waktu agar tidak tersilap sehingga mengakibatkan batalnya puasa. Begitu juga dengan waktu bersahur kita perlu peka agar tidak terlajak atau terkurang dengan waktu supaya puasa kita sah dan diterima oleh Allah.

Buat Muslim yang sibuk dengan urusan hariannya sehingga kadang-kadang tidak sedar dengan waktu atau tertidur akibat terlalu penat, aplikasi ini memudahkan rutin harian anda. Penggera jam yang boleh disetkan akan membantu mengejutkan diri untuk bersahur.

Oleh itu, aplikasi Muslim Pro telah datang dengan pelbagai fungsi dan yang paling utama adalah untuk memberitahu waktu solat supaya muslim cakna dengan waktu solat, waktu berbuka dan juga bersahur.

Aplikasi ini telah diakui oleh jutaan muslim di seluruh dunia sebagai aplikasi yang paling lengkap dan tepat. Ia juga dilengkapi dengan al-Quran digital, lengkap dalam bahasa Arab serta terjemahan dan juga bacaan audio oleh beberapa imam terkenal seperti Saad al-Ghamdi, Abdul Basit Abdul Samad dan ramai lagi.

Aplikasi ini juga sesuai untuk semua komuniti kerana ia turut dilengkapi dengan penunjuk arah kiblat, kalendar hijriyah, 99 nama Allah, koleksi doa dan inspirasi harian, serta penjejak peribadi.

Yang menariknya, penjejak peribadi membolehkan seseorang itu menanda sama ada dia sudah menunaikan solat fardhu atau belum, berpuasa pada hari ini atau tidak dan mengira zikir melalui tasbih yang direka dalam bentuk grafik.

Anda bukan sahaja boleh mencari masjid yang terdekat, malah boleh mencari tempat makan yang halal untuk dijadikan lokasi berbuka ataupun bersahur.

Selain daripada anda boleh membaca al-Quran di bulan puasa menggunakan aplikasi ini, anda juga boleh mendapatkan berita serta bahan bacaan dan info yang menarik.

Yang paling penting ialah, anda tidak perlu bimbang lagi dengan waktu sahur atau berbuka puasa, kerana dengan aplikasi ini, anda akan menjadi seorang yang lebih peka.

Terdapat banyak lagi aplikasi menarik yang boleh dijadikan rujukan sepanjang bulan puasa ini. Anda boleh terus sahaja ke play store untuk mendapatkan kemas kini aplikasi ini.

Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan yang mulia.

Muslim Pro


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami