Inspirasi

Dalam Menuntut Ilmu, Jangan Lupa Kita Pernah Bermula Daripada Tangga Pertama

Oleh Natirah Azira  •  28 May 2020  •  2 min baca

(Perkongsian ini telah diambil daripada catatan Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook beliau)

Dalam kita menaiki tangga ilmu dan kefahaman yang lebih tinggi, jangan lupa kita juga pernah bermula daripada tangga pertama. Maka begitulah bagi mereka yang baru ingin bermula, berilah semangat, permudahkanlah mereka, usahlah kita terus memaksa untuk mereka memahami hakikat sedangkan baru nak belajar melaksanakan syariat.

Begitu jua bila kita dah ada guru yang hebat, alim dan lebih dipercayai, jangan lupakan terus guru-guru yang di kelas bawah atau pertengahan yang membantu kita meniti tangga pertama. Bahkan daripada semut kita belajar, daripada alam pun kita belajar, daripada manusia yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan, bukan dikecam dan dibuat perbandingan.

Percayalah, kita ada posisi masing-masing dalam dunia yang luas terbentang ini, namun saya percaya kita ada misi yang sama iaitu perjuangkan syurga untuk semua orang.

Bagi kita mungkin nilai ilmu tersebut rendah atau cetek, namun bagi yang baru keluar daripada pintu maksiat menuju pintu pertama taubat, itulah tali yang mampu dia bertaut buat masa itu. Mungkin setelah berlalunya waktu, dia lalu menjadi abid atau alim, moga dia tidak lupa kepada tali tersebut walau telah buruk.

Tuan Puan, usahalah untuk saling menghormati, jauhkan mengeji, jauhkan merendahkan, jauhkan menilai seseorang daripada masa lalu atau masa sekarang, kerana masa hadapan mungkin kita saling memerlukan terutamanya di Mahsyar.

Saya hanyalah penyampai kelas bawahan dengan ilmu yang rendah, bukan guru bukan alim, hanya orang tengah yang banyak buat salah. InsyaAllah kita teruskan mendaki tangga ilmu, kerana disana ia lebih mendalam yang membawa kita ke dasar tenang dan lapang yang sebenar.

Saya juga sentiasa belajar untuk ke sana, tapi saya takkan tinggalkan di sini. Sayang sungguh semuanya kerana Allah dan Rasulullah. Moga kita boleh membenarkan kata-kata ini di Mahsyar kelak, golongan yang saling mencintai kerana Allah lalu sama-sama berada dibawah naungan Allah.

Nota Maghrib dari hati.

Asma’ Harun.

#UAHSahabatDuniaAkhirat


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami