Remaja

Cinta Perhambaan: Sadomasochism

Oleh Baha'uddin Hamizan  •  7 Dec 2018  •  6 min baca

Tempoh hari saya ada terbaca artikel yang ditulis oleh sahabat saya Helmi Effendy pengasas laman sesawang The Patriots berkenaan dengan watak Harley Quinn dalam movie Suicide Squad (2016) yang dilakonkan oleh Margot Robbie.

Sewaktu filem ini ditayangkan saya sempat menonton di panggung dengan abang saya ketika itu, watak si Harley dalam movie tersebut memang terkenal dengan seksis, psiko dan ‘mangsa’ manipulasi si Joker.

Nama sebenar Harley Quinn ialah Dr Harleen Frances Quenzel beliau seorang doktor dalam bidang psikiatri dan beliau ditempatkan di hospital Ayslum Ghotam untuk merawat pesalah jenayah psiko yang ganas.

Salah seorang pesakit yang beliau diberi tanggungjawab ialah Joker. Namun akhirnya Joker berjaya menemui kelompongan yang ada dalam jiwa Harley yang mana akhirnya diisi oleh Joker.

Lalu berlakulah insiden yang mana si Harley mula untuk jatuh cinta semenjak dimanipulasi berkali-kali oleh Joker pada setiap kali sesi terapi dilakukan.

Cinta Perhambaan

Pun begitu apa yang ingin saya bahaskan di sini bukanlah berkenaan dengan watak Harley Quinn secara mendalam.

Cuma saya berminat untuk tarik pembaca dengan mengaitkan watak seperti ini yang sememangnya wujud dalam alam yang nyata.

Perlu diingat bahawa watak penjenayah seperti beliau adalah karut dan jangan percaya pula, fiksyen ini hanya dimuatkan dalam filem semata-mata. Penyakit yang si Harley ini alami memang pernah dibahaskan dalam ilmu psikologi.

Disebut sebagai “Obsessive Compulsive Disorder” (OCD) iaitu satu jenis penyakit dalam mental manusia yang terlalu obses dengan sesuatu perkara sehingga mendatangkan kesan buruk seperti teramat gelisah, berpeluh banyak dan mengganggu banyak urusan seharian.

Semua orang ada masalah kegelisahan cuma kita semua tidak sampai tahap ‘disorder’ iaitu menganggu rutin normal seharian.

Sebab itulah dalam banyak jenis-jenis penyakit dalam psikologi diletakkan belakangnya istilah ‘disorder’ iaitu boleh mengganggu kehidupan normal seseorang.

Menurut laman sesawang Malaysian Mental Health Association (MMHA) penyakit yang dikatakan OCD ini ada beberapa ciri-ciri yang digariskan iaitu ;

#1- Orang itu obsesional dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.

#2- Mudah resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa.

#3- Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.

#4- Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logik dan tidak sepatutnya berlaku.

#5- Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada ;

1. Was-was
2. Kebersihan
3. Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Obses dengan pasangan juga termasuk dalam ciri-ciri penyakit OCD seperti di atas ini. Melampau dalam menghambakan diri sehingga menekan emosi diri, ada yang sampai kemurungan dan gelisah sepanjang masa.

Sadomasochism (Memperhambakan Diri)

Selain dari OCD biasanya orang yang berwatak si Harley tadi akan pergi pada satu tahap yang lebih kronik iaitu sadomasochism sejenis obsesi yang suka dirinya dilayan sebagai hamba abdi.

Dia tidak kisah pun kalau dimanipulasi, ditipu atau disakit berulang kali kerana bagi dia itulah bentuk pengorbanan yang perlu dia bayar untuk dapatkan perhatian dari seseorang.

Dari apa yang saya baca dan amati tentang cinta yang macam ini sememangnya wujud dan ramai menafikan walhal secara tak sedar dirinya sudah pun diperhambakan.

Secara peribadinya, saya juga pernah hampir terjatuh ke dalam cinta yang macam ini. Saya anggap bila saya dilayan seperti hamba itulah bentuk cinta yang sejati iaitu Pengorbanan.

Walhal itu adalah penyakit! Saya berjaya keluar akhirnya dari bentuk penyakit sedemikian atas dorongan pembacaan, kajian dan sokongan orang terdekat yang positif.

Pun begitu kalau kita amati lagi penyakit sadomasochism ini boleh menjadi lebih teruk lagi apabila ia menuju pada bentuk penderaan seksual (biologi) pada pasangan dan dianggap itu satu pengorbanan cinta.

Cinta sama sekali bukan menyeksakan, bukan penderitaan dan bukan bersyarat (unconditional).

Cinta Tidak Menyakitkan

Ada satu video yang diterbitkan oleh seorang yang berpengaruh dalam sosial media iaitu Jay Shetty, beliau upload satu video berkaitan perhubungan pasal maksud cinta.

Kata beliau lebih kurang mafhumnya, cinta itu tidak menyakitkan tetapi orang yang salah selalu pergunakan terma cinta untuk sakitkan orang lain.

Beliau menasihati kawan perempuannya dalam video tersebut agar bijak dalam membezakan dua entiti tersebut.

Akibat dari ketidakfahaman kita berkenaan konsep cinta yang sebenar membuatkan ramai orang dari kalangan kita tersasar jauh sehingga mengabdikan diri serta obsess pada manusia.

Akhirnya. bila dikecewakan kita menuduh bahawa percintaan itu ‘menyakitkan’ padahal orang yang salah telah memanipulasikan maksud cinta itu sendiri.

Kita janganlah bertindak menyalahkan cinta hanya kerana kita belum jumpa ‘the one’ dalam perhubungan yang sejati.

Ramai orang yang saya jumpa begitu, bila gagal sahaja dalam percintaan terus disalahkan cinta itu sendiri malah ada yang lebih ekstrem mereka menggunakan dalil-dalil agama yang tidak konkrit untuk mengharamkan secara total.

Dalam ilmu Logical Argument Fallacies (hujah logik yang tempang) salah satu istilah berkaitan hal ini ada disebut sebagai Hasty Generalization iaitu mengeneralisasikan satu perkara hanya kerana satu contoh.

Contoh Maimunah ditipu oleh teman lelakinya Ashraf, lalu Maimunah membuat kesimpulan awal bahawa lelaki semua penipu. Itulah bentuk falasi hujah yang tak sepatutnya ada dalam pemikiran kita semua.

Cinta Itu Mudah, Tidak Bersyarat

Apa yang saya nak kaitkan watak Harley Quinn dengan situasi percintaan perhambaan ialah kita kalau boleh jangan terlalu memaksa diri untuk diperhambakan oleh seseorang.

Sekalipun orang yang kita suka itu beritahu pada kita bahawa dia sayang kepada kita tetapi kalau tindakannya sebaliknya maka anggaplah dia memang tidak cintakan kita. Love is verb = tindakan yang positif

Cinta itu sifatnya licin dan mudah tiada keserabutan berbentuk terlalu mencuba sehingga menghambakan diri. Kalau seseorang menetapkan syarat untuk meneruskan perhubungan dengan kita itu bukanlah cinta sebenar.

“Kalau asalnya dia hisap rokok, kita suruh dia berhenti supaya tidak merokoh, bolehkah begitu?”

Boleh, yang dimaksudkan di sini ialah perubahan identiti diri, semua orang asalnya normal tanpa rokok.

Maka janganlah beri alasan dungu ‘kalau cintakan saya maka jangan suruh saya berubah jadi baik’, ini tidak termasuk. Berubah jadi lebih baik itu sendiri disokong oleh Islam malah dari segi moralnya pun sama.

Kita semua dituntut untuk berubah setiap hari menjadi lebih baik tetapi cinta yang bersyarat yang dimaksudkan di sini ialah perkara atau tindakan yang tak masuk akal sehingga mencederakan diri, menghinakan diri dan melarikan diri kita dari personaliti asal.

Ada yang sampai terpaksa menafikan personaliti asalnya demi memuaskan sebelah pihak semata. Inilah yang dimaksudkan cinta bersyarat yang tidak sihat dalam perhubungan.

Rujukan;
1- Obsesif
2- Tidak Seindah Yang Kita Bayangkan
3- If Someone Broke Your Heart


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Baha'uddin Hamizan

Graduan dari Universiti Teknologi MARA, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi. Penulis bersama buku bertajuk Pematah Hati Yang Tak Dirindukan (Must Read) dan Cinta (Puteh Press). Vlogger kepada channel Youtube bernama Bahak Stories.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami