Inspirasi

Cerita Ini Membuatkan Rasulullah Terkedu

Oleh Natirah Azira  •  23 Dec 2018  •  2 min baca

Seorang lelaki berjumpa Nabi SAW lalu memberitahu bahawa dia sangat gembira dan bahagia apabila bersama baginda.

“Apabila aku kembali kepada keluargaku, aku mula merinduimu Ya Rasulullah. Aku ingin bersamamu kembali”

“Namun tiba-tiba aku terfikir bahawa suatu hari nanti pasti engkau akan meninggalkan dunia ini. Engkau akan masuk syurga dan akan berada di tingkat syurga paling tinggi. Dan kalau pun aku kelak akan masuk syurga, pasti aku berada di tingkat syurga yang lebih rendah. Dan apalah makna syurga jika tidak dengan mu Ya Rasulullah”

Rasulullah terkedu mendengar kata-kata daripada lelaki tersebut. Lalu Jibril menurunkan pengkhabaran dari Allah bahawa seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di syurga.

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ تَقُولُ فِي رَجُلٍ أَحَبَّ قَوْمًا وَلَمْ يَلْحَقْ بِهِمْ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Dari Ibnu Mas’ud ia berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata: “Ya Rasulullah, bagaimanakah pendapat Rasul mengenai seorang yang mencintai sesuatu kaum, tetapi tidak pernah menemui kaum itu?” Rasulullah bersabda: “Seorang itu beserta orang yang dicintainya.

Imam Al-Ghazali menuliskan dalam kitab Ihya Ulumuddin (halaman 2/160) tentang hadis ini:

قال الحسن : يا ابن آدم ! لا يغرنك قول من يقول : ( المرء مع من أحب ) فإنك لن تلحق الأبرار إلا بأعمالهم ، فإن اليهود والنصارى يحبون أنبياءهم وليسوا معهم ، ” 

Ertinya: Al-Hasan berkata: Wahai manusia, janganlah terpedaya dengan ucapan: “Seseorang bersama orang yang dia cintai” kerana engkau tidak akan bertemu dengan orang-orang baik kecuali dengan amal perbuatan. Kerana orang Yahudi dan Nasrani mencintai para Nabi mereka tetapi mereka tidak bersama para Nabinya.

Kesimpulannya, seseorang yang mencintai orang yang soleh dan taat, menyukai dan meniru perbuatan soleh mereka, kelak akan dikumpulkan bersama-sama di syurga. Mencintai itu bukan hanya dengan hati tetapi pembuktian dengan amal perbuatan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami