Ibadah

Cemburu Dengan Harta Orang Lain?

Oleh Pakdi  •  20 May 2015  •  2 min baca

Allah swt sebut dalam al-Quran…

… Bersolatlah dan bayar zakat.

Soalannya, macam mana nak bayar zakat kalau tidak kumpul zakatable asset, iaitu harta yang dapat dizakatkan?

Orang kaya

Perlukah kita cemburu dengan orang yang lebih kaya? [NOC]

Maka, bagi membolehkan kita semua bayar zakat, lepas solat, buat kerja, buat bisnes dulu. Selepas cukup nisab, cukup haul, baru dapat bayar zakat.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w, mereka yang faham ayat al-Quran adalah para Sahabat. Jadi mereka selepas solat, mereka tidak hanya duduk berzikir. Tidak hanya duduk mengharapkan rezeki dan bantuan.

Siang mereka mencari rezeki. Berniaga.

Sebelum Islam datang, mereka telah berniaga. Selepas Islam datang, mereka masih berniaga, kecuali aktiviti bisnes yang haram. Apa yang haram, misalnya arak, mereka buang semua simpanan arak yang ada selepas turun suruhan pengharaman arak.

Tidak berselindung di sebalik perjuangan ekuiti bangsa Arab untuk menguasai industri arak. Sebab banyak lagi benda yang halal.

Selepas ada harta, mereka gunakan untuk perkara baik.

Sahabat yang misin tidak jeles, tidak cemburu para sahabat memiliki banyak unta. Mereka cemburu dengan kemampuan para sahabat yang banyak bersedekah, sebab mereka tidak dapat bersedekah.

Dalam peperangan Tabuk, para Sahabat yang berharta berlumba-lumba memberikan sumbangan harta kepada Islam.

Sayyidina Umar r.a. juga tidak terkecuali cemburu kepada Sayyidina Abu Bakar r.a. Beliau memberikan 50% dari harta yang dia ada, dan bakinya untuk kegunaan keluarga.

Kemudian datang Sayyidina Abu Bakar dan memberikan 100% harta dan rezeki keluarganya diserahkan secara mutlak kepada Allah & Rasul.

Melihatkan perkara ini Sayyidina Umar pun berkata,

“Aku memang tak boleh kalahkan kau dalam apa perkara pun,”

Kisah ini disebut dalam hadis Abu Dawud, No 1,687.

Beza sangat iman kita dengan iman para Sahabat.

Beza sangat kefahaman kita dengan kefahaman para Sahabat.

Dah lah kualiti solat kita rendah, kualiti puasa rendah, ibadah malam tak buat, nak bersedekah pun berkira-kira.

Yang kita cemburu, BMW orang. Vellfire orang. Mercedes orang. Muda-muda dah berselfie dengan kereta mahal. Ini mesti kenal datuk itu ini. Ini mesti bapak dia kaya.

Tapi sahabat yang miskin tidak begitu. Mereka cemburu sebab tidak ada harta untuk diberi pada jalan Allah.

Saya pun masih belum mampu beri sampai 50% harta untuk tujuan sedekah. Apatah lagi 100%.

Macam mana Allah swt nak letakkan kita di kalangan hartawan yang dermawan pada hari kiamat kelak kalau nak hulur sedekah RM 50 pun masih berkira-kira…


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Pakdi

Pakdi

Beliau merupakan seorang perunding dan trainer yang memberikan latihan pengurusan kewangan peribadi dan pelaburan untuk kakitangan jabatan kerajaan dan organisasi swasta. Selain itu banyak menulis tentang topik pengurusan duit gaji, pengurusan hutang dan pelaburan saham.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami