Ibadah

#CelikRamadan – Status Doa Khusus Yang Dibaca Antara Solat Sunat Tarawih

Oleh Fizah Lee  •  21 May 2020  •  2 min baca

Kebiasaannya, selepas mengerjakan solat sunat Tarawih sebanyak empat rakaat, imam akan berehat seketika dengan membaca doa. Ada juga yang akan menyambungnya dengan sedikit tazkirah ringkas sama ada berkenaan Ramadan atau amal ibadah yang lain.

Dalam doa yang dibaca di antara empat rakaat solat sunat Tarawih tersebut, terdapat sebuah doa masyhur yang sering dibaca oleh Imam. Doanya berbunyi seperti ini;

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksud: “Aku bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan aku memohon ampunan pada Allah, aku meminta syurga dan meminta perlindungan dari api neraka.”

Doa ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis masyhur, iaitu;

فَاسْتَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ، خَصْلَتَانِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ، وَخَصْلَتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا، أَمَّا الخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تَرْضَوْنَ بِهِمَا رَبُّكُمْ فَشَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَتَسْتَغْفِرُوْنَهُ، وَأَمَّا الخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لاَ غِنَى بِكُمْ عَنْهُمَا، فَتَسَأَلُوْنَ الجَنَّةَ، وَتَعُوْذُوْنَ مِنَ النَّارِ

Maksud: “Perbanyakkanlah melakukan empat perkara dalam bulan Ramadan. Dengan dua perkara, kalian akan mendapatkan reda Allah. Ia adalah dua perkara yang sangat kalian perlukan. Dua perkara tersebut yang boleh dilakukan untuk mendapatkan reda Allah adalah dengan mengucapkan syahadah dan beristighfar kepadaNya. Dan dua perkara lagi yang kalian perlukan adalah dengan meminta syurga dan dijauhkan daripada api neraka.”

Diriwayatkan bahawa hadis ini menjadi keutamaan untuk umat Islam berdoa di antara solat sunat Tarawih, bahkan doa ini hanya khusus di dalamnya dan dibaca pada bulan Ramadan.

Adapun, status hadis ini adalah daif (lemah) menurut perbahasan jumhur ulama. Menurut Syeikh Al-Albani melalui silsilah Al-Ahadiths Adh-Dha’ifah (no. 871, 2: 263) menyebut – “Sanad hadis ini adalah daif. Ia ada diriwayatkan oleh al-Muhamili dan Ibnu Khuzaimah juga.”

Sanadnya daif kerana adanya sanad yang lemah, iaitu – “Ali bin Zaid bin Jada’an, dari Sa’id bin al-Musayyib, dari Salman Al-Farisi, ia berkata Rasulullah SAW telah berkhutbah pada hari terakhir di bulan Syaaban dan disebutkan hadis tersebut.”

‘Ali bin Zaid bin Jada’an merupakan seorang perawi yang lemah. Ia dipersetujui oleh Imam Ahmad dan juga Imam Ibnu Khuzaimah yang menyebut bahawa hafalan ‘Ali sangat lemah dan tidak sesuai dijadikan sanad kerana bimbang ia bercampur dengan perkara yang tidak sahih.

Boleh untuk mengamalkan doa yang dinyatakan di atas, namun ia tidaklah khusus untuk solat sunat Tarawih semata-mata.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com

Baca Juga:
Doa Yang Boleh Dibaca Pada Malam Lailatul Qadar


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami