Ibadah

#CelikRamadan – Sahihkah Hadis Mengharapkan Ramadan Sepanjang Tahun

Oleh Fizah Lee  •  12 May 2020  •  2 min baca

Ramadan itu merupakan bulan yang penuh rahmat dan dalamnya dilimpahi dengan seribu satu keberkatan. Apabila tibanya Ramadan, pasti kita akan mendapat ucapan ‘Ahlan wa Sahlan ya Ramadan’ yang bermaksud selamat datang wahai Ramadan.

Kebiasaannya, kita akan meraikan Ramadan dengan memperbanyakkan amalan sunnah seperti bertadarrus, misi untuk mengkhatam Al-Quran, melakukan solat malam dan sebagainya.

Semua sunnah yang ditinggalkan Baginda SAW menjadi ikutan dan panduan untuk mempertingkatkan amalan bagi meraih ganjaran pahala yang dijanjikan Allah.

Kini, kita sudah berada pada separuh Ramadan terakhir. Pasti hati kita sedikit hiba dan sayu apabila terkenangkan Ramadan yang bakal tinggalkan kita.

Sama ada kita akan bertemu dengan Ramadan lagi ataupun tidak, semua itu adalah rahsia Allah. Selalunya, kita akan mendengar akan fadilat Ramadan yang sentiasa menjadi pengharapan kita untuk setiap tahun.

لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا (فِي ) رَمَضَانَ لَتَمَنَّتْ أُمَّتِي أَنْ يَكُوْنَ السَّنَةُ كٌلَّهَا

Maksud: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadan, nescaya semua umatku berharap agar Ramadan itu sepanjang tahun.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah RA (no. 1886) melalui jalur periwayatan Jarir bin Ayyub al Bajali, dari Asy-Sya’bi dari Nafi’ bin Burdah, dari Abu Mas’ud al-Ghifari, berkata; “Suatu hari aku mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda …”

Tahukah anda, melalui kitab Al-Maudhu’at (2/189) oleh Imam Ibnul Jauzi RA, beliau berkata hadis yang dinyatakan di atas adalah palsu. Ia berikutan oleh jalur yang bernama Jarir bin Ayyub.

Imam Syaukani RA melalui kitab al-Fawa’ idul Majmu’ah fi Ahaditsil Maudhu’ah (no. 254) berkata – “Hadis ini telah diriwayatkan oleh Abu Ya’la Ra melalui jalur Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’. Ia adalah hadis palsu. Kerosakannya berlaku pada Jarir bin Ayyub dan susunan lafaznya merupakan susunan yang dinilai bahawa ia adalah hadis palsu.”

Setiap bulan mempunyai keberkatan dan kelebihannya yang tersendiri. Dalam pengharapan kita untuk mengharapkan kebaikan dari bulan Ramadan, kita seharusnya beramal dengan hadis yang sahih agar dapat menjaga akidah kita dengan amalan-amalan yang jelas.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Hadis Palsu Ramadan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami