Ibadah

#CelikRamadan – Dosa Dihapus Seperti Saat Dilahirkan?

Oleh Natirah Azira  •  22 May 2020  •  2 min baca

Ramai yang akan ‘bergraduasi’ daripada madrasah Ramadan tidak beberapa lama lagi. Tetapi persoalannya adakah dengan keputusan yang cemerlang atau suam-suam kuku sahaja? Selain melakukan amal ibadah, sudahkah kita menambah ilmu tentang Ramadan? Adakah kita telah mengambil peluang untuk memahami riwayat-riwayat tentang Ramadan dengan sebaiknya.

Kami telah banyak mengupas tentang hadis-hadis yang lemah berkaitan Ramadan yang banyak berlegar dalam kalangan kita sepanjang Ramadan ini dengan tanda pagar #CelikRamadan. Hari ini kita akan membicarakan pula tentang satu lagi hadis lemah yang ada iaitu tentang ganjaran dihapuskan dosa seperti bayi dilahirkan bagi mereka yang menghidupkan malam Ramadan.

Ia dikatakan diambil daripada hadis yang berisi perbualan antara Nadhir bin Syaiban dan Abu Salamah bin Abdulrahman bin Auf.

“Dari Nadhir bin Syaiban, dia mengatakan, ‘Aku pernah bertemu dengan Abu Salamah bin Abdurrahman rahimahullah, aku mengatakan kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar dari bapamu (maksudnya Abdurraman bin ‘Auf R.anhu) tentang Ramadan.”

Dia mengatakan, “Ya, bapaku (maksudnya Abdurraman bin ‘Auf R.anhu) pernah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW pernah menyebut bulan Ramadan lalu bersabda,

“Bulan yang Allah Azza wa Jalla telah wajibkan atas kalian puasanya dan aku menyunahkan buat kalian solat malamnya. Maka barangsiapa yang berpuasa dan melaksanakan solat malam dengan dasar iman dan mengharapkan ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, nescaya dia akan keluar dari dosa-dosanya sebagaimana saat dia dilahirkan oleh ibunya”. [HR Ibnu Majah, no.1328 dan Ibnu Khuzaimah, no.2201 melalui jalur periwayatan Nadhr bin Syaiban]

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah memberi keterangan bahawa sanad hadis ini lemah kerana Nadhr bin Syaiban adalah layyinul hadis bererti orang yang hadisnya lemah.

Ibnu Khuzaimah rahimahullah juga telah menilai hadis ini lemah. Beliau mengatakan bahawa hadis yang sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.anhu yang agak masyhur dalam kalangan kita.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu”. (Riwayat al- Bukhari, no. Hadis 36 dan 1870)

Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami