Remaja

Cara Penentangan Dakwah Baginda Yang Diceritakan Melalui KalamNya

Oleh Fieyzah Lee  •  14 Nov 2019  •  2 min baca

Selepas Baginda SAW mengambil keputusan untuk menyebarkan dakwah Islam secara terang-terangan, bumi Arab pada waktu itu kucar-kacir dengan kehadiran agama yang dijangka mampu merosakkan kedudukan pemimpin dan politik mereka.

Malah, ada juga penduduk Arab yang tidak percaya akan ajaran agama itu kerana mereka lebih yakin dan selamat dengan agama yang diguna pakai pada waktu itu.

Hal ini sehinggakan mereka telah mencari pelbagai cara dan alasan untuk menolak agama Islam dengan sekeras-kerasnya dan untuk menjaga agama mereka.

Kebanyakan yang mula-mula beriman dan menerima ajaran Islam itu terdiri daripada mereka yang bergelar hamba kerana penyeksaan hidup membuatkan mereka menginginkan sebuah jalan keluar yang mampu memberi ketenangan.

Pelbagai cerita dan peristiwa yang diceritakan telah berlaku kepada umat Islam terutamanya Baginda SAW sendiri seperti peperangan, penghinaan mahupun pemulauan walaupun Baginda pada asalnya sungguh disukai akibat sifatnya dalam perniagaan yang sangat jujur.

Berikut merupakan beberapa dalil yang diceritakan melalui Al-Quran mengenai kisah penentangan dakwah Baginda oleh kaum kafir Quraisy:

#1 – Menggelar Baginda Sebagai Orang Gila

وَقَالُوا يَا أَيُّهَا الَّذِي نُزِّلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ إِنَّكَ لَمَجْنُونٌ

Mafhum: Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): “Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkau adalah orang gila.” (Surah Al-Hijr, 15:6)

#2 – Al-Quran Rekaan Muhammad

Mafhum: “Dan mereka berkata lagi: “Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala, yang diminta Muhammad supaya dituliskan kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya).” (Surah Al-Furqan, 25:5)

#3 – Mengawasi Baginda Dengan Penuh Kebencian

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ

Mafhum: “Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu hampir-hampir menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian) semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.” (Surah Al-Qalam, 68:51)

#4 – Mengejek Mereka Yang Beragama Islam

وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَـٰؤُلَاءِ لَضَالُّونَ

Mafhum: “Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: “Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat.” (Surah Al-Mutafiffin, 83:7)

Kesimpulan

Banyaknya ujian yang diterima oleh umat terdahulu bukan sahaja sebagai bentuk cubaan kepada mereka, namun ia juga adalah sebagai sebuah pengajaran kepada umat selepasnya supaya mempunyai sifat yang kukuh untuk menghargai agama dan tidak mudah putus asa atas setiap ujian yang dilalui.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami