Gaya Hidup, Ibadah

Cara Mudah Untuk Menghafal Al-Quran Sebagai Permulaan

Oleh Fizah Lee  •  15 Oct 2019  •  3 min baca

Sebelum Al-Quran dibukukan, Rssulullah dan para sahabat akan menghafal setiap daripada wahyu Allah yang diturunkan.

Kalam Allah itu akan ditelaah sendiri oleh para sahabat secara terus melalui Rasulullah dan mereka akan membacanya di dalam solat sebagai salah satu usaha untuk mengingatinya.

Namun, ia mula dibukukan pada zaman Khalifah Abu Bakar dan diperbaiki dari masa ke masa. Dengan pembukuan Al-Quran ini, manusia boleh membaca dan menelaahnya dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Walaupun kalam Allah ini dibukukan dan disusun dengan baik, sebagai seorang muslim yang sentiasa cuba untuk menjadi mukmin sejati, perlu sentiasa cuba untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan, iaitu dengan meletakkan Al-Quran di dalam hati.

Entri kali ini akan memperlihatkan tips yang mudah untuk menghafal Al-Quran sebagai permulaan.

#1 – Fahami Surah Tersebut

Jika anda belajar, pasti anda akan cuba untuk memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam, dengan cara sedemikian, anda akan lebih mudah memahami sesuatu sekali gus boleh mengajarkannya kepada kawan anda.

Begitu juga dengan Al-Quran. Pertama, cuba baca dan faham maksud di sebalik ayat tersebut. Jika dapat mentadabbur maksud di sebalik surah itu adalah lebih baik. Dengan itu, anda akan lebih mudah untuk menghafalnya kerana faham makna di sebalik ayat tersebut.

#2 – Hafal Secara Perlahan

Baca dari ayat pertama hingga akhir berulang kali. Paling minima ialah sebanyak tiga kali. Kemudian, jika surah tersebut agak panjang, hafal secara sedikit-sedikit bergantung kepada kemampuan anda.

Yang paling penting ialah, apabila anda surah bergerak ke ayat seterusnya, pastikan anda tidak meninggalkan ayat yang terdahulu agar ia sentiasa di ingatan.

#3 – Baca Al-Quran Setiap Waktu

Sebelum menghafal Al-Quran, pastikan lidah anda lancar dengan bacaannya. Jangan tinggalkan Al-Quran dan jadikan ia sebagai rutin harian anda, sama ada membacanya setiap kali selepas solat atau pada satu-satu waktu.

Cara yang paling mudah ialah dengan membaca surah tersebut berulang kali pada setiap waktu. Contohnya, jika anda ingin menghafal surah Al-Mulk, anda boleh membacanya setiap malam atau sebelum tidur.

#4 – Tinggalkan Makanan Yang Boleh Merosakkan Ingatan

Apa yang anda makan akan menjadi darah daging yang akan sentiasa mengalir dalam diri anda. Oleh itu, tinggalkan makanan yang boleh merosakkan ingatan seperti makanan ringan, makan dari sumber yang haram dan sebagainya.

Selain itu, perkara yang lalai juga perlu dielakkan seperti banyak menonton siaran yang tidak penting, hiburan yang melaikan serta menjaga pandangan.

Kesimpulan

Menghafal Al-Quran bukan suatu tugas yang mudah, namun kelebihan yang akan diperoleh disebaliknya adalah suatu yang besar dan menenangkan. Oleh itu, cubalah sedaya upaya untuk menghafal kitab suci Allah ini.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami