Berita, Wanita

Cabaran 30 Hari, Usaha Mizz Nina Ajak Kaum Hawa Bertudung

Oleh Fieyzah Lee  •  6 May 2019  •  3 min baca

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka.” (Surah An-Nur, 24:31)

Dalam Islam, Allah telah menyuruh kaum hawa untuk menutup aurat. Menutup di sini bererti tidak memperlihatkan anggota badan atau bentuk badan yang tidak boleh ditunjuk kepada umum kecuali yang dibenarkan sahaja.

Aurat yang berasal daripada perkataan Arab bermaksud sesuatu bahagian daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain, sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan serta haram bagi yang bukan mahram untuk melihatnya.

Kewajipan menutup aurat ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang telah diperintahkan oleh Allah dan hadis Rasulullah SAW.

Sehubungan dengan itu, salah seorang selebriti terkenal iaitu Shazrina Azman, 38 atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina telah menyeru kaum hawa tidak kira sama ada muslim atau tidak untk menyertai #Hijab30 sebagai sebuah cabaran (challenge) terbaru di laman Instagram.

Cabaran ini adalah untuk menyeru kaum hawa berhijab sepanjang 30 hari pada bulan Ramadhan dengan memuat naik gambar di Instagram dan menggunakan tanda pagar #hijab30 atau mesej secara terus mengenai pengalaman berhijab di @worldhijabday

Mizz Nina menurut akaun rasmi instagramnya, officialmizznina berkata bahawa usaha itu adalah sebagai salah satu platform untuk menyeru kaum hawa berhijab.

Beliau yang telah berhijab sejak enam tahun lalu berkata, hijab merupakan salah satu cara untuk membuktikan cinta dan penyerahannya kepada tuhan. Ia juga merupakan pakaian yang membantu untuk melindunginya daripada perkara yang memudaratkan sekali gus diibaratkan seperti mahkota daripada hati hanya untuk tuhan kita.

Cabaran di laman Instagram itu telah disambut baik oleh kaum hawa dan pengguna dengan capaian sebanyak 469 gambar yang telah dimuat naik dengan menggunakan hashtag itu.

Walaupun terdapat komen yang kurang enak didengar berkenaan cabaran ini, namun Mizz Nina tetap meneruskan usaha dakwahnya.

“Kenapa berhijab pun perlu dijadikan challenge?”

“Kalau tak ikhlas, tak perlu pakai tudung.”

Dan banyak lagi komen negatif yang dikeluarkan netizen, namun sebagai muslim, kita perlu menyahut seruan ini kerana ia merupakan salah satu usaha murni yang boleh dijadikan sebagai satu titik permulaan untuk menjadi muslimah yang menjaga kehormatan diri dan agama.

Cabaran ini telah disebar secara besar-besaran sejak 24 April lalu dan rata-rata kaum hawa mula bertudung sejak hari ini, iaitu hari pertama puasa. Bagaimanapun, cabaran ini telah bermula pada 5 Mei sehingga 4 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Instagram @wordlhijabday atau dengan menaip tanda pagar #hijab30.

Malay Mail


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami