Gaya Hidup

Bukhoor – Salah Satu Aksesori Sunnah Dalam Wangian

Oleh Fieyzah Lee  •  7 Oct 2019  •  3 min baca

Umum mengetahui, Perancis merupakan salah satu negara terbesar yang mempelopori pembuatan minyak wangi. Walau bagaimanapun, sejarah awal kedatangan minyak wangi adalah daripada Mesir yang pada waktu itu digunakan dalam majlis-majlis seperti keramaian dan sebagainya.

Rasulullah SAW seorang yang sangat wangi dan menyukakan wangian. Baginda akan mencalit wangian sebelum keluar menyempurnakan urusan, terutamanya ketika hendak ke masjid.

Ia merupakan sunnah yang tidak pernah dilupakan sehingga ke hari ini. Malah, wujud pelbagai jenis dan jenama aroma sesuai dengan kitaran hidup kita sehari-hari, baik lelaki mahupun wanita.

Namun, antara amalan yang kelihatan asing dan ganjil dalam masyarakat kita ialah berwangi-wangi dengan bukhoor.

Bukhor berasal daripada Bahasa Arab yang merupakan campuran dari beberapa tanaman tradisional yang terkenal seperti gaharu, cendana dan minyak-minyak khususnya.

Selain kayu gaharu, kulit kayu lain boleh dijadikan sebagai bahan bakar, iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pala kayu agar.

Ia akan menghasilkan asap yyang berbau harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu.

Kebiasaannya, ia akan dibakar di atas tempat khususnya yang diberi nama mabkhara dengan menggunakan arang.

Penggunaannya masih menjadi tradisi di timur tengah dan biasanya digunakan dalam acara-acara tertentu atau pada waktu-waktu yang diperlukan seperti berlaku kematian dan sebagainya.

Mengikut sunnah, Baginda dan para sahabat akan membakar wangian ini ketika berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, membaca al-Quran atau sebagai haruman di dalam rumah.

كان بن عمر إذا استجمر استجمر بالوة غير مطراة أو بكأفور يطرحه مع الألوة ثم قال هكذا كان يستجمررسول الله صلى الله عليه وسلم

Maksud: “Ibnu Umar membakar wangian ini dengan haruman yang tiada campuran serta dengan kafur (tumbuhan) yang dicampur kemenyan, kemudian beliau berkata: “Seperti inilah Rasulullah SAW beristijmar (membakar wangian).” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2254)

Kelebihan Bukhoor

Wangian ini dikatakan mempunyai amalan dengan kehidupan moden pada masa ini, iaitu pati minyak wangi yang dihasilkan adalah daripada tumbuhan seperti lemon, lavender dan pudina yang berfungsi sebagai penenang dan penawar penyakit.

#1 – Penawar Stres

Imam Bukhari mengatakan bahawa bauan jenis ini mampu menguatkan fizikal dan juga mental. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu terapi kepada badan dan otak seseorang.

Selain daripada memberikan aroma yang positif kepada mental anda, ia juga dapat menyebarkan aura positif kepada sekeliling seperti halaman rumah dan penghuninya akan lebih sihat.

#2 – Asapnya Tidak Melemaskan

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh beberapa golongan ilmuwan, asap yang dilepaskan adalah tidak melemaskan kerana ia mengeluarkan oksigen yang berupa wangian.

Buat mereka yang menghidap penyakit asma atau yang seumpamanya, tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan pernafasan.

Kesimpulan

Banyak kelebihan yang boleh didapati dengan penggunaan bukhoor ini. Kita bukan sahaja dapat mengikut sunnah, malah sesuai untuk haruman terapi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami