Hukum, Wanita

Bolehkah Wanita Menunaikan Solat Dengan Memakai Niqab Atau Purdah

Oleh Fizah Lee  •  12 Nov 2020  •  2 min baca

Pemakaian niqab atau purdah bukanlah suatu yang baru, malah ia sudah lama diamalkan sama ada dari kalangan Arab mahupun di sekeliling kita.

Namun, ada sesetengah tempat yang tidak membenarkan pemakaiannya disebabkan peraturan yang dicipta. Tetapi, bagi penulis, ia bukanlah sebuah permasalahan yang besar kerana hukum berniqab sendiri adalah sunat.

Jika ada peraturan yang menghalang atau menyuruh memakainya, maka boleh sahaja mengikuti peraturan itu. Hukumnya adalah harus.

Yang paling penting adalah aurat yang wajib dijaga itu, perlu dijaga dengan baik dan untuk lelaki pula, mereka perlulah menundukkan pandangan dengan baik.

Adapun, bagaimana pula dengan pemakaiannya di dalam solat? Adakah ia dibenarkan dan apa pula hukumnya?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah makruh kerana berdasarkan beberapa dalil yang menyebut seperti yang telah dijelaskan dalam kitab Kifaayatul Akhyar, iaitu:

Maksud: “Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang mempunyai gambar atau lukisan. Makruh juga wanita yang memakai niqab ketika solat kecuali jika keadaan di masjid itu terdapat ajnabi yang tidak menjaga pandangan mereka. Namun, jika dibimbangi terjadinya perkara yang buruk, maka haram ke atasnya untuk membuka niqab tersebut.” (hlm 1/93)

Dalam hal ini juga, ulama menyebut bahawa hidung adalah antara anggota sunat dalam sujud. Maka, adalah lebih baik untuk melakukan perbuatan sunat juga ketika bersujud, iaitu dengan mengenakan hidung (serta dahi) ketika sujud.

Disebabkan itu, dalam hal ini, makruh hukumnya jika wanita itu bersolat dengan mengenakan niqab.

Namun, hukumnya boleh menjadi harus (solat dengan memakai niqab) jika wujudnya keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan fitnah atau kemudaratan kepada wanita tersebut seperti ruang solat di antara lelaki dan perempuan yang terbuka.

Jika tiada apa-apa halangan, seeloknya dibuka niqab sebelum menunaikan solat.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan – Hukum Memakai Niqab Dalam Solat
Mufti Wilayah Persekutuan – Adakah Hidung Termasuk Dalam Anggota sujud


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami