Wanita

Bolehkah Wanita Berfesyen?

Oleh Usrah Santai  •  13 Oct 2015  •  2 min baca

“Wahai anak anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik baiknya.

Yang demikian itu adalah dari tanda tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-Araaf, ayat 26

Jawapan soalan diatas adalah boleh.

Dalam ayat diatas ni Allah SWT dah sebut pakaian itu adalah perhiasan. Allah SWT memahami fitrah perempuan yang sukakan kecantikkan. Jadi tak salah nak berfesyen. Ikut jumhur ulama, perempuan dibolehkan berhias selagi mengikut syariat.

Apa syariat dia?

1. Menutupi aurat.
2. Pakaian labuh longgar tak ketat tak jarang tak nampak bentuk badan.
3. Tidak menggoda ajnabi.
4. Tidak keterlaluan seperti pakai baju bunga sebesar-besar alam, alien tengok pun takut. Bersederhana is the key in Islam.

Pakaian yang terbaik adalah pakaian takwa

Iaitu kita berpakaian untuk mendapat keredhaan Allah, demi Allah semata mata. Bukan semata-mata nak tarik perhatian lelaki or nak dapat pujian. Takwa is back to niat, pakai kerana Allah Ta’ala bukan kerana manusia.

Balik kepada persoalan tadi, pakaian hipster. Trending sekarang, ‘Niqabis Hipster’.

Apa itu hipster?

A person who follows the latest trends and fashions, especially those regarded as being outside the cultural mainstream.

Jadi dalam Islam ada fesyen?

Ada.

Apa dia fesyen Islam?

1. Menutupi aurat yakni seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Tidak jarang sehingga nampak warna kulit.
3. Tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badan.
4. Tidak tabarruj sehingga menarik perhatian.
5. Tidak berlebihan dalam berpakaian.

Jadi pakailah baju apa yang kamu suka selagi mengikut syariat di atas.

Kita tidak boleh terus tuduh seseorang niqabis itu mencampuradukkan pakaian barat dengan pakaian sunnah. Sedangkan Nabi tidak pernah melabelkan ummatnya kafir, inikan kita hanya manusia hina yang dulu juga mungkin melakukan kesilapan yang Allah sendiri dah tutup aib kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Usrah Santai

Usrah Santai

Usrah Santai (US) satu medan dakwah usrah whatsapp yang secara santai tapi padat. Dakwah yang biar santai, janji sampai. Dakwah yang tidak strict dan straight. Dakwah yang kena pada jiwa remaja. Menyentuh tidak menyentap. Itu kami.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami