Gaya Hidup

Bolehkah Tag Rakan Di Media Sosial Sebagai Gurauan

Oleh Fieyzah Lee  •  17 Oct 2019  •  2 min baca

Mungkin anda pernah nampak posting di media sosial sama di Instagram atau Facebook dan merasakan ia perkara yang melucukan atau membuatkan anda teringat akan seseorang, lantas anda tag atau mention seseorang itu dengan alasan ia sesuai untuknya.

Mungkin pada niat kita, hanyalah sekadar gurauan dan main-main, namun kepada pihak sana (yang disebut) adakah mereka merasakan perkara tersebut sebagai gurauan, sama juga seperti anda atau sebaliknya?

Apakah perasaan mereka apabila melihat namanya disebut di ruangan media sosial atau posting orang lain, adakah berasa gembira atau dimalukan?

Perkara kecil sebegini perlu diberikan perhatian yang besar. Kadang-kadang ia kelihatan sekadar gurauan, namun niat anda yang sebenar juga perlu dilihat dan perasaan rakan anda yang disebut itu juga perlu dilihat.

Menurut perbahasan ulama’, jika ia dilakukan dengan tujuan dan niat untuk bergurau, maka ia adalah berbalik kepada hukum asal, iaitu harus.

Namun, perlu dilihat juga akan perasaan pihak yang dijadikan gurauan, adakah mereka reda akan gurauan tersebut atau sebaliknya dengan merasakan ia sesuatu yang mengaibkan atau sehingga timbul fitnah.

Untuk hal yang sedemikian, maka hukumnya adalah haram. Hal ini kerana, gurauan dalam Islam perlu dilakukan berpada-pada dan dengan menjaga hati setiap pihak yang terlibat.

Niat Mencerminkan Perbuatan Anda

Sebelum anda tag rakan anda di media sosial itu, fikir dulu mengapa anda melakukannya. Jika untuk tujuan memalukan, ia adalah haram dan dikira berdosa.

Malah, jika niat anda adalah baik, namun perkara yang anda sebut itu bimbang boleh mendatangkan fitnah, maka ia juga boleh jatuh hukum haram.

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

Maksud: “Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6045)

Kesimpulan

Bergurau itu dibolehkan untuk mengeratkan silaturahim dan mengurangkan tekanan dalam kehidupan namun, jika ia dilakukan secara keterlaluan sehingga mengaibkan sesuatu pihak, maka ia adalah termasuk dalam gurauan yang dilarang.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah
PU Azman


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami