Hukum

Bolehkah Orang Yang Solat Fardu Berimamkan Yang Solat Sunat

Oleh Natirah Azira  •  17 Feb 2020  •  1 min baca

Solat berjemaah lebih baik daripada bersolat secara bersendirian. Di sesetengah masjid yang ramai pengunjungnya, budaya solat berjemaah ini sentiasa ada tidak kira di bahagian solat lelaki atau wanita. Solat jemaah sentiasa bersambung-sambung sehinggalah habis waktu solat tersebut.

Namun ada masanya kita terkeliru adakah imam yang diikuti itu sedang bersolat sunat atau solat fardu. Apa pula hukumnya, adakah ia dibenarkan?

Ulama sebenarnya berselisih pendapat dalam hal ini. Sebahagian mengatakan bahawa tidak boleh kerana solat fardhu itu tarafnya lebih tinggi daripada solat sunat.

Sebahagian lagi berpendapat boleh dan harus kerana jenisnya sama iaitu solat – setiap pergerakannya juga sama sama ada solat fardu atau sunat.

Pendapat kedua ini disandarkan kepada hadis daripada Imam Bukhari dan Muslim,

“Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya.”

Solat yang dilakukan oleh Muaz di rumahnya itu sebenarnya adalah solat sunat.

Daripada peristiwa ini, maka kita mengetahui bahawa tidak mengapa untuk orang yang bersolat sunat mengimamkan mereka yang solat fardhu. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga bersetuju bahawa ianya dibolehkan.

Rujukan:

Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami