Ibadah

Bolehkah Niat Keluar Imam Jika Imam Tersalah Rakaat

Oleh Fizah Lee  •  13 May 2020  •  2 min baca

Hukum asal solat berjemaah adalah mengikut perbuatan dan pergerakan imam. Namun, bagaimana jika imam tersebut melakukan kesalahan dalam solat seperti tertinggal rakaat atau tersalah bacaan Al-Fatihah. Adakah masih dibolehkan mengikut imam?

Dalam hal ini, jika imam melakukan kesilapan dalam rakaat solatnya, maka makmum (yang dekat dengan imam) hendaklah mengingatkannya dengan mengucapkan سُبْحَانَ اللّه (Subhanallah).

Makmum tidak boleh menegur dengan perkataan lain selain daripada ucapan yang disebut dalam solat, iaitu tasbih, takbir dan bacaan Al-Quran.

Melalui Kitab Minhaj at-Thalobin ada disebutkan:

Maksud: “Batal solat dengan sebab menuturkan sekurang-kurangnya kata-kata yang mengandungi dua huruf atau satu huruf yang memberi faham.”

Jika imam masih lagi tidak menyedari kesalahan beliau dan meneruskan solat seperti biasa walaupun setelah ditegur sebanyak tiga kali, maka, makmum tersebut boleh berniat untuk keluar (bercerai dengan imam) dari solat.

Walau bagaimanapun, bolehkah jika makmum tersebut berniat keluar dari imam sebelum menegur kesalahan tersebut?

Berpisah dari imam atau mufaraqah dalam ibadat sembahyang bermaksud makmum yang berpisah daripada mengikut imam dalam sembahyang berjemaah.

Apabila makmum berniat mufaraqah, maka terputuslah hubungan sembahyang makmum dengan sembahyang imam. Maka, apa jua hukum yang berlaku ke atas imam tidak akan menjejaskan hukum sembahyang makmum.

Dalam hal ini, sunat ke atas makmum untuk mendahului dengan menegur imam terlebih dahulu. Namun, jika makmum tersebut mengalami keuzuran seperti bisu atau makmum perempuan yng berimamkan lelaki ajnabi, maka dibolehkan untuk niat keluar dari imam.

Namun, menegur imam atau seseorang yang melakukan kesilapan itu adalah dituntut agar mereka mengetahui kesalahan mereka dan boleh membaikinya.

Justeru, jika anda makmum yang sama jantina, maka perlu menegur imam terlebih dahulu. Jika imam masih lagi tidak sedar akan kesalahannya, maka dibolehkan untuk keluar dari imam.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami