Hukum

Bolehkah Menggunakan Duit Biasiswa Untuk Tujuan Perkahwinan

Oleh Natirah Azira  •  5 Aug 2019  •  2 min baca

Berkahwin ketika belajar bukan suatu yang pelik, sama ada di dalam atau di luar negara. Kadang-kadang mereka yang sedang menuntut ilmu bertemu jodoh di pusat pengajian lalu ingin mengambil keputusan untuk berkahwin. Saat itu, perkara yang menjadi kerisauan adalah wang untuk perbelanjaan perkahwinan.

Bagi yang mempunyai biasiswa pula mungkin terfikir untuk menggunakan sejumlah wang biasiswa untuk persiapan perkahwinan. Tetapi apa pula hukumnya? Adakah boleh menggunakan duit biasiswa yang diperuntukkan untuk tujuan pembelajaran, bagi tujuan-tujuan lain?

Bagi memahami isu ini dengan lebih lanjut, kami memetik pandangan Dr Zaharuddin Abdul Rahman, seorang perunding dan pakar syariah di Malaysia. Beliau mengatakan bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pelajar dalam bentuk biasiswa adalah tajaan belanja kepda pelajar untuk sara hidup mereka.

Asal hukum bagi penggunaan wang tersebut mesti terlebih dahulu dirujuk kepada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Status Hukum

Harus bagi pelajar tersebut untuk menggunakan wang itu untuk apa jua tujuan yang dirasakan sesuai kerana wang itu sudah diserahkan hak miliknya kepada pelajar. Selaku pemilik wang, pelajar boleh menggunakannya untuk tujuan peribadi contohnya untuk urusan perkahwinan atau keperluan keluarga selagi tidak melanggar hukum Islam.

Walaupun begitu, diingatkan juga supaya pelajar menyemak semula isi kandungan kontrak yang telah ditandatangani. Jika ada klausa atau pernyataan yang tidak membenarkan pelajar untuk menggunakan wang untuk perkahwinan atau tujuan-tujuan lain, maka pelajar hendaklah menepatinya.

Kesimpulan

Biasiswa merupakan satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada penerimanya bagi menyempurnakan pengajian. Jika tidak ada halangan yang disebut di dalam kontrak untuk menggunakan wang, maka pelajar boleh menggunakannya untuk tujuan perkahwinan. Tetapi perlu diingat, pelajar perlu merancang dan mengurus wang dengan baik agar amanah yang utama untuk menamatkan pengajian tidak terganggu.

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian…” (Surah Al-Maidah 5:1)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami