Gaya Hidup, Hukum

Bolehkah Memberi Salam Dengan Ungkapan ‘Salam Tahajud’

Oleh Fieyzah Lee  •  8 Jul 2020  •  2 min baca

‘Salam 1 Malaysia’, ‘Salam Perpaduan’ atau ‘Salam Sejahtera’ sering diucapkan oleh pemerintah mahupun sesiapa sahaja sebagai pembukaan kepada ucapan mereka. Ia dianggap sebagai sebuah ucapan yang sangat umum kerana sesiapa sahaja boleh disapa dengan ungkapan salam itu.

Kini, kita juga sering mendengar ucapan ‘Salam Subuh’ atau ‘Salam Tahajjud’ yang digunakan sebagai sapaan kepada seseorang. Kalau dilihat pada rancangan televisyen atau radio, ada juga yang menyebutkan ucapan salam ditambah dengan nama rancangan atau segmen tersebut.

Menjadi persoalan di sini, adakah dibolehkan untuk mengucapkan ucapan salam sebegini? Apabila kita melihat akan ucapan salam yang diajarkan oleh Baginda, tiada dalil yang berkata bahawa Baginda atau para sahabat pernah mengucapkan yang sedemikian.

Dalam hal ini, sebahagian ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah harus. Salam ini juga adalah dilihat kepada penggunaan biasa oleh kawasan setempat (uruf). Ia tidak salah, tetapi perlu memastikan agar niatnya betul.

Kalau kita lihat, ucapan salam seperti 1 Malaysia sendiri tujuannya adalah untuk menambah perpaduan rakyat dan mengharmonikan negara. Justeru, ia dilihat sebagai sebuah ucapan yang baik.

Apabila melihat kepada jawapannya pula, tiada jawapan khusus yang perlu disebut. Justeru, hukum menjawabnya adalah tidak wajib.

Melihat kepada penjelasan yang diberikan oleh Mufti Wilayah, seeloknya didahulukan dengan ucapan salam khusus dan disertai dengan salam tersebut. Contohnya – “Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.”

Justeru, dapat kita faham di sini bahawa, ucapan salam sebegini adalah tidak salah dan boleh sahaja digunakan asalkan niatnya adalah bertepatan dengan tujuan yang ingin dicapai.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami