Hukum, Wanita

Bolehkah Membaca Surah Yang Selalu Diamalkan Walau Dalam Keadaan Haid

Oleh Fizah Lee  •  14 May 2020  •  2 min baca

Anda bukan seorang penghafaz Al-Quran, namun anda pasti punya surah mahupun ayat pilihan yang sentiasa dilazimi dan diamalkan bagi melengkapi hari-hari anda.

Sebagai contoh, sebelum anda mengambil langkah untuk keluar rumah, anda pasti akan membaca ayat Qursi mahupun surah Al-Fatihah untuk Allah melindungi setiap langkah yang anda ambil.

Begitu juga, sebelum tidur anda pasti akan membaca surah Al-Mulk kerana mengharapkan reda Allah sebelum anda tidur dan diberikan pertolongan untuk melalui hari-hari seterusnya. Begitu juga dengan mengikuti sunnah membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.

Hal ini, apabila sudah dilazimi, pasti hari anda akan berasa janggal jika ditinggalkan. Justeru, walau dalam keadaan anda sedang berhadas besar, pasti anda akan secara tidak sengaja mengamalkannya.

Namun, persoalannya di sini ialah, adakah dibolehkan untuk wanita yang dalam keadaan hadas membaca surah dan ayat yang sentiasa dilaziminya sebelum ini?

Menjawab persoalan ini, jumhur ulama berbeza pendapat. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah dibolehkan dan ada pula yang menjawab sebaliknya.

#1 – Tidak Boleh Membacanya

Menurut sebahagian ulama, haram hukumnya perempuan yang dalam keadaan haid membaca surah daripada Al-Quran walaupun yang telah dihafaznya.

Hal ini kerana, mereka berada dalam keadaan tidak suci, sedangkan Al-Quran itu sesuatu kitab yang suci.

#2 – Boleh Membacanya

Namun, sebahagian ulama lagi berkata bahawa ia adalah dibolehkan dan hukumnya adalah harus. Hal ini kerana, ia sudah menjadi kebiasaan amalan seseorang.

Terutamanya buat para penghafaz Al-Quran yang perlu mengulang bacaan bagi mengelakkan ia daripada terlupa dan sebagainya.

Begitu juga dengan golongan asatizah seperti ustazah di sekolah atau guru Al-Quran yang perlu menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Maka, dalam hal ini diberi rukhsah kepada mereka.

Ia juga pernah direkodkan bahawa Saidatina Aishah membaca Al-Quran dalam keadaan haid. Ia ada dinukilkan oleh Imam Al-Nawawi dalam Kitab al-Majmuk (1/357), al-Tabarani dalam Awsat (2/98) dan Ibn Rajab dalam Fath Al-Bari (1/46).

Sebagai contoh, jika anda sudah terbiasa dengan melazimi membaca Al-Ma’thurat pada setiap pagi dan petang atau membaca surah Ar-Rahman semasa sedang mengulang kaji pelajaran, maka ia adalah dibolehkan untuk meneruskan amalan itu seperti biasa walau dalam keadaan haid.

Namun, hal ini berbeza dengan perempuan yang dalam keadaan junub. Maka, mereka perlu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum membaca al-Quran.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami