Hukum

Bolehkah Melakukan Solat Sunat Wuduk Pada Waktu Makruh Solat

Oleh Fizah Lee  •  9 Nov 2020  •  2 min baca

Solat sunat wuduk ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan selepas mengambil wuduk. Antara nama lain yang dikenali adalah solat syukur wuduk.

Ia tergolong dalam sembahyang sunat muqayyad, iaitu sembahyang yang dikaitkan dengan waktunya (waktu selepas mengambil wuduk).

Hukumnya adalah sunat dan diceritakan bahawa ia adalah antara amalan yang sering dilazimi para sahabat, terutamanya Bilal bin Rabah.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Sesiapa yang berwuduk seperti wuduk aku ini, kemudian dia menunaikan solat dua rakaat, yang mana dia tidak akan lalai di dalamnya, maka akan diampunkan dosa-dosa (kecilnya) yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1934)

Kita mengetahui bahawa ia boleh dilakukan selepas mengambil wuduk. Namun, adakah dibolehkan untuk melakukannya pada waktu-waktu yang dimakruhkan solat seperti; selepas solat Subuh sehingga matahari terbit, selepas Asar sehingga terbenam matahari dan ketika matahari terbenam.

Dalam hal ini, Imam Nawawi menyebut – “Larangan dan kemakruhan pada waktu-waktu ini hanyalah pada solat yang tidak ada sebab, adapun solat-solat yang mempunyai sebab, maka ia tidak dimakruhkan (untuk dilasanakan pada waktu-waktu ini).” (Raudhah at-Talibin, An-Nawawi, (1/192)

Di sini, ia bermaksud solat sunat wuduk boleh dilakukan dalam waktu yang dimakruhkan solat kerana ia terikat dengan waktu tertentu, iaitu waktu selepas mengambil wuduk.

Ulama menyebut bahawa ia adalah termasuk dalam solat yang terikat waktunya. Justeru, tiada masalah untuk menunaikan solat sunat wuduk pada waktu-waktu yang dimakruhkan. Hukumnya tidak bertukar menjadi makruh.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami