Gaya Hidup

Boleh Ke Ucapan Bersin Kepada Orang Bukan Islam?

Oleh Tim Tazkirah  •  17 Mar 2019  •  4 min baca

Tahukah anda, bersin merupakan salah satu proses untuk membuang dan melepaskan segala kuman jahat yang terperangkap di dalam badan kita apabila kita bernafas. Oleh itu, melalui bersin, kita sebenarnya sedang membendung diri kita (pengulangan) daripada sebarang penyakit bahaya dan virus influenza daripada terus terperangkap dalam diri kita.

Dr. Fatma El-Zahra mengatakan bahawa, “ketika kita bersin, umpama kita mati satu saat. Jantung dan nyawa semua berhenti, jadi bila semua sudah berhenti dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita.”

Kenapa Bersin?

Hidung kita sebenarnya memerlukan proses untuk memulakan kembali pernafasan. Kajian ini telah dilakukan oleh seorang penyelidik daripada University of Pnnsyvania, iaitu Dr Noam A. Cohen telah mengatakan bahawa badan kita akan mengaktifkan saraf untuk bersin supaya partikel kuman ‘jahat’ yang disedut ketika bernafas diperangkap kemudian dikeluarkan semula ketika bersin.

Oleh itu, jangan tahan bersin. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Saint Louis daripada University School of Medicine, beliau mengatakan bahawa menahan bersin boleh menyebabkan kecederaan, iaitu pecah salur darah di mata, kecederaan pada gegendang telinga dan salur darah di kepala.

Oleh hal yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan ajaran yang cukup sempurna bagi menzahirkan rasa syukur ketika kita bersin. Sunnah ini disertai dengan adab yang perlu diikuti ketika diri sendiri dan orang di sekeliling bersin.

Laksanakan Hak Sebagai Muslim

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ

Mafhumnya: Sesungguhnya Saidina Abu Hurairah RA pernah berkata: Saya pernah mendengar Baginda SAW bersabda: “Hak seseorang muslim terhadap muslim lainnya ada lima, iaitu: Menjawab salamnya, menziarahinya ketika sakit, mengikuti (menguruskan) jenazahnya, memenuhi (mendatangi) undangannya (kendurinya) dan menjawab (mendoakan) ketika dia bersin. (Hadis Riwayat Al-Imam Al-Bukhari, Al-Imam Muslim, Al-Imam Muslim, Al-Imam Ahmad, Al-Imam Ibnu Hibban dan Al-Imam as-Suyuti)

Tahukah anda, Rasulullah SAW telah mengajarkan lima hak sebagai seorang muslim ke atas saudara muslim yang lain melalui sabdanya di atas. Antara hak yang perlu ditunaikan ialah mendoakan apabila muslim itu bersin.

Doa apabila bersin turut diajarkan oleh Baginda SAW melalui hadisnya yang lain. Dalam hadis ini juga, Rasulullah SAW mengajarkan juga bagaimana reaksi dan ucapan kita ketika orang di sebelah kita bersin.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Mafhumnya: Daripada Saidina Abu Hurairah RA. Daripada sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang kamu bersin, maka hendaklah dia menyebut: “Alhamdulillah” dan hendaklah pula saudara ataupun kawan (di sisinya yang mendengar ucapan itu) menyebut: “Yar Haam Kallah.” Dan apabila dia menyebut “Yar Haam Kallah” maka hendaklah (yang bersin itu membalas ucapan itu pula dengan) mengatakan: “Yahdi Kumullah Wa Yuslihu Balakum”. (Hadis riwayat Al-Imam al-Bukhari)

Hadis yang ringkas ini telah mengajarkan kepada kita secara terperinci mengenai doa yang telah dianjurkan oleh baginda. Berikut merupakan doa yang telah diajar oleh Baginda SAW:

#1 – Doa Ketika Anda Bersin (Ucapan Tahmid)
اَلْحَمْدُ ِللهِ
Mafhumnya: Segala puji bagi Allah

#2 – Doa Ketika Mendengar Orang Di Sebelah Anda Bersin (Ucapan Tasymit)
يَرْحَمُكَ اللهُ
Mafhumnya: Semoga Allah memberi rahmat kepadamu

#3 – Doa Bagi Menjawab Kembali Doa Di Atas (Bagi Orang Yang Bersin)
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيَصْلِحُ بَالَكُمً
Mafhumnya: Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan membaguskan keadaanmu.

Ucapan Bersin Kepada Orang Bukan Islam

Jika anda mendengar orang di sebelah anda bersin, namun dia bukan Islam, maka anda juga mengucapkan doa kepada mereka seperti yang telah diujarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu:

Daripada Abu Musa RA, ia berkata:

“Orang-orang Yahudi saling bersin di samping Rasulullah SAW, mereka berharap semoga Rasulullah SAW menjawab: “Yar Haam Kallah” (Semoga Allah melimpah belas kasih padamu), tetapi Rasulullah menjawab: “Yahdikumullahu wa yuslihu baalakum” (semoga Allah memberi petunjuk dan membuat baik hatimu).” (Hadis Riwayat Abu Daud dan at Tirmidzi)

Adab ketika Bersin

Selain membaca doa terhadap diri sendiri dan orang yang telah bersin seperti yang telah dinyatakan, ada adab lain yang boleh diamalkan ketika kita bersin, iaitu menutup mulut.

Apabila bersin, hendaklah seseorang itu menutup mulutnya dengan tisu atau sapu tangan. Hal ini untuk mengelakkan daripada virus-virus dan kuman jahat yang terlepas daripada hidung anda itu terbang bebas ke udara dan menjangkiti orang sekeliling.

Pastikan anda menutup mulut dengan sapu tangan atau tisu. Jika menutup dengan tapak tangan, pastikan anda membasuh semula tangan anda untuk mengelakkan daripada kuman tersebar melalui sentuhan.

Antara hikmah lain menutup mulut ialah dapat mengelakkan persekitaran anda daripada bising akibat bunyi bersin anda itu. Sedarkah anda, apabila bersin, anda mengeluarkan bunyi yang kuat?

Sudah pasti bunyi itu dikira menganggu orang sekeliling terutamanya ketika berada di tempat yang senyap seperti di perpustakaan atau di pejabat. Untuk mengelakkan daripada mengganggu orang sekeliling, tutuplah mulut anda ketika bersin agar bunyi itu dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, Islam menekankan tentang adab dalam apa jua perbuatan hatta dalam perkara yang terlihat kecil seperti bersin. Semoga dengan amalan dan penjagaan diri yang betul, Allah sentiasa memberi kesihatan kepada kita semua.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami