Ibadah

Bila Bayaran Fidyah Boleh Dilakukan

Oleh Fizah Lee  •  4 Jun 2020  •  2 min baca

Dalam era yang penuh dengan kemudahan ini, pelbagai perkara yang boleh diselesaikan dengan segera. Yang paling menakjubkan ialah kebanyakannya boleh dilakukan tanpa perlu bersemuka dengan orang lain. Guna sahaja kemudahan secara atas talian yang telah tersedia.

Sama juga dengan bayaran fidyah. Kebanyakannya telah mula membuat aplikasi dan web yang mesra pengguna bagi memudahkan bayaran fidyah dilakukan dan ia sampai kepada tangan yang sepatutnya.

Jadi, sudah tidak ada alasan lagi untuk anda menangguh-nagguhkan pembayaran fidyah. Buat mereka yang ingin membayar secara atas talian, boleh saja layari laman web agama tempat masing-masing atau buat mereka yang ingin membayar secara terus, boleh terus ke tempat yang sepatutnya seperti pejabat agama negeri.

Namun, bila sebenarnya waktu yang dibolehkan untuk membayar fidyah? Adakah perlu tunggu sehingga ke saat akhir atau membayarnya sehingga ke hari Ramadan yang akhir?

Fidyah perlu dikeluarkan ketika mempunyai rezeki yang cukup. Jika rezeki tidak cukup atau hanya cukup untuk keperluan dirinya, iaitu dalam bahasa mudahnya, ia tergolong dalam golongan yang susah, maka kewajipan fidyah itu gugur. Tidak perlu membayar fidyah lagi buatnya.

Adapun, buat mereka yang dapat membayar fidyah, ia boleh dibayar pada hari itu juga (hari yang ditinggalkan puasa kerana yakin tidak mampu menggantikan puasa atas sebab sakit) atau boleh dilewatkan sehingga ke hari akhir Ramadan.

Ia adalah berdasarkan situasi yang pernah dilakukan oleh salah seorang sahabat, iaitu Anas bin Malik ketika beliau telah tua. (Irwaul Gholil, 4/21-22)

Buat mereka yang tiada masalah dengan penggantian puasa, maka wajib ke atasnya untuk menggantikan puasa terlebih dahulu. Kemudian, jika tidak mampu atau sempat, barulah perlu dibayar fidyah.

Waktu pembayaran fidyah ialah tidak terbatas. Ia boleh ditunaikan dalam bulan Ramadan dan juga selepas Ramadan.

Penulis berpendapat bahawa lebih baik fidyah dibayar lebih awal sebelum datangnya Ramadan yang seterusnya. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada peningkatan nilai bayaran. Bimbang juga jika anda tidak sempat membayarnya sebelum ajal menjemput.

Bayaran fidyah juga tidak boleh diawalkan untuk puasa yang seterusnya. Sebagai contoh, anda sudah yakin bahawa Ramadan tahun ini anda tidak mampu berpuasa dengan sebab sakit yang tidak mengizinkan, maka tidak boleh membayar lebih awal bagi puasa yang bakal ditinggalkan.

Ia perlu dibayar selepas Ramadan itu berlalu.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumasyho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami