Gaya Hidup

Betulkah Dosa Boleh Menjadikan Rezeki Sempit

Oleh Fizah Lee  •  23 Jul 2020  •  2 min baca

“Duit selalu tak cukup je ni, Allah tak nak bagi rezeki dekat aku sebab Dia dah tak sayang aku ke?”

Setiap kali kita dilanda kesempitan rezeki, rata-rata dari kita pasti akan berfikir perkara-perkara yang negatif.

Kadang duit tak cukup, tiba sahaja hujung bulan mulalah jimat dan makan maggi atau bila sahaja kawan ajak keluar, mesti akan pinjam duit. Walhal sudah tahu diri tidak mampu, tetapi masih lagi ingin mengikut kehendak nafsu.

Persoalannya, betulkah Allah menyekat rezeki kerana sudah tidak sayang akan hambaNya? Sebenarnya, bukanlah itu jawapan yang betul. Perasaan negatif yang keluar dari pemikiran itu merupakan mainan syaitan semata-mata.

Sebab Allah tidak pernah menyekat rezeki hamba-hambaNya. Rezeki setiap dari kita sudah tertulis sejak dari azali. Itu bukanlah bermaksud kita tidak perlu berusaha dan berserah sahaja kepada tuhan. Namun, kehidupan kita juga berdasarkan usaha.

Contohnya, Allah sediakan ikan di lautan untuk kita makan. Tapi, ikan itu tidak akan terhidang begitu sahaja di depan kita dengan menu ikan masak merah, tetapi kita sendiri yang perlu berusaha untuk mendapatkan ikan tersebut atau memasaknya.

Itulah konsep kehidupan. Rezeki itu adalah berdasarkan usaha kita. Kalau kita malas, lebih banyak merungut, duduk termenung menunggu duit jauh dari langit atau mengharapkan belas ehsan orang lain, maka hidup anda tak kemana.

Allah sendiri berjanji untuk mengubah kehidupan manusia itu sekiranya manusia itu sendiri yang akan meletakkan usaha ke atas dirinya.

Kemalasan itu adalah sikap kita sendiri. Itulah yang boleh menyebabkan diri kita terhalang daripada rezeki. Dalam masa yang sama, mungkin juga disebabkan oleh dosa atau maksiat yang telah dilakukan.

Mafhum: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah As-Syuraa, 42:30)

Kita mengambil remeh akan solat lima waktu, tidak menghormati ibu bapa atau mementingkan diri sendiri dan banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya dilakukan tetapi menjadi penghalang daripada rezeki itu untuk hadir dalam kehidupan kita.

Tuntasnya, dalam kita mencari rezeki yang halal, kita perlu ingat bahawa halal itu bermula dari awal. Setiap perbuatan kita dikira sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan kepada setiap perkara.

Apabila merasa sempitnya rezeki, lebih baik periksa semula diri kita, mungkin ada di antara perbuatan kita yang menyebabkan terhalangnya rezeki.

Wallahu a’alam.

Rujukan;
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami