Ibadah

Besarnya Ganjaran Pahala Di Bulan Ramadan Melebihi Mati Syahid

Oleh UZAR  •  14 Jun 2016  •  2 min baca

Amalan di bulan Ramadhan menyebabkan seseorang itu lebih dahulu ke Syurga berbandingyang mati syahid. Inilah satu kelebihan yang disebut di dalam sebuah hadis Nabi SAW.

Iaitu kerana gandaan pahala dan rahmat di bulan Ramadhan. Berdoalah agar kita direzekikan beramal dalam bulan ini sebanyak mungkin dengan kualiti yang setinggi boleh.

Bagi sesiapa yang rajin, bacalah perincian kisah dua saudara yang masuk Islam bersama-sama, lalu mendapat husnul khatimah, tetapi berbeza darjat disebabkan umur berbeza dan kerana Ramadhan. Nabi bersabda:

“Jarak antara keduanya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”

Dari Talhah bin ‘Ubaidillâh bahawa dua laki-laki dari Baliy (cabang suku Qudha’ah-pen) datang kepada Rasulullah SAW dan keduanya masuk Islam bersama-sama. Salah seorang dari keduanya lebih giat daripada yang lain.

Orang yang sangat giat dari keduanya itu ikut berperang lalu mati syahid. Sedangkan yang lainnya hidup setahun setelahnya, lalu meninggal dunia. Thalhah berkata,

“Aku bermimpi, ketika aku sedang berada di pintu surga, aku melihat keduanya. Tiba-tiba ada seseorang keluar dari dalam syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati terakhir dari keduanya (untuk masuk syurga lebih dahulu, lalu orang itu masuk lagi ke dalam syurga-pen).

Lalu dia keluar lagi dari syurga, lalu mengidzinkan orang yang mati syahid (untuk masuk syurga-pen).

Lalu dia menemuiku kemudian berkata,

“Kembalilah, karena sesungguhnya belum datang waktu untukmu (boleh masuk syurga)”.

Besoknya Thalhah menceritakan kepada orang-orang dan mereka kehairanan terhadapnya. Hal itu sampai kepada Rasulullah SAW, mereka menyampaikan cerita itu kepada beliau SAW. Maka beliau SAW bersabda,

“Dari sisi mana kamu hairan?”

Mereka menjawab,

“Wahai Rasulullah SAW, orang yang satu ini lebih kuat amal dari yang lain, lalu dia juga mati syahid, tetapi orang yang terakhir (mati) itu masuk syurga lebih dahulu?”.

Maka Rasulullah SAW bersabda,

“Bukankah dia (orang yang terakhir mati itu) masih hidup setahun setelahnya?”

Mereka menjawab,

“Ya”.

Beliau bersabda lagi,

“Dan (bukankah) dia telah menemui Bulan Ramadhan lalu berpuasa Ramadhan, dan dia telah melakukan solat sekian banyak sujud di dalam setahun?”

Mereka menjawab,

“Ya”.

Maka Rasulullah SAW bersabda,

“Jarak antara keduannya lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi”.

Riwayat Ibnu Mâjah. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wat Tarhib, 3/314, no.3366


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

UZAR

UZAR

Dr. Zaharuddin Abd Rahman adalah Presiden MURSHID, Pensyarah Kanan UIAM, Penasihat Shariah Kewangan Islam Tempatan & Antarabangsa, kolumnis, penulis buku dan pendakwah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami