Keluarga

Berwaspadalah Sebelum Terjerat Dengan Virus Pornografi

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  28 Aug 2019  •  2 min baca

“Tengoklah pornografi dan terjebaklah dengan pornografi seteruk mana pun selagi tak ‘rape children’ maka tidak mengapa pun.”

Begitu ya dik? Dik, sudah ramai sangat kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menjadi mangsa datuk-datuk, ayah-ayah, pakcik-pakcik, abang-abang, dan adik-adik yang ketagih pornografi. 

Ramai sangat dik. Kanak-kanak 12 tahun pun merogol kanak-kanak 4 tahun sebab menonton pornografi. 

Kanak-kanak ini tidak dihalang sebelum dia ‘rape children’, dik. Adik tidak mengikuti perkembangan semasa duniakah? Ataupun seorang kanak-kanak itu tiada nilai di mata adik?

Hendak tunggu ‘rape’ dulukah, dik? Selagi tidak ‘rape children’ tidak mengapa? 

Adakah sesiapa yang sanggup jadikan anak dia mangsa ‘rape children’ itu dik? Tidak ada dik. Percayalah cakap Akak.

Yang ada hanyalah ibu bapa, datuk nenek, pakcik makcik, abang kakak yang waras yang mengharapkan agar apa sahaja langkah dan tindakan dapat diambil sebelum ‘rape children’ berlaku

Terutamanya jika yang menjadi perhatian itu benar-benar telah berkata;

“What I did was not wrong?”

Itu yang merisaukan, dik. Akak tahu adik sayangkan rakan adik. Akak faham.
Kami beramai-ramai sangat sayangkan kanak-kanak di Malaysia ini dik, sebab itulah kami ramai-ramai risau. Kami bukannya tidak bagi rakan adik belajar.

Adakah pedofilia tegar boleh berubah dengan sekelip mata tanpa melalui proses korektif dan rehabilitasi yang sepatutnya?

Adakah dengan mudah kita boleh bersangka baik dengan pedofilia yang telah terbukti bersalah dan mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak?

Berhati-hatilah, sebelum berlaku yang tidak kita sukai, maka bendunglah sejak daripada awal. Ambillah sikap berwaspada daripada sikap membiarkan. Mungkin anak akan terasa sedikit terkongkong namun suatu hari mereka akan sedar kenapa ibu dan bapanya menjaganya dengan penuh teliti.

Percayalah bahawa menonton pornografi akan hadir rasa ketagihan, dari satu menjadi sepuluh, daripada sepuluh menjadi beratus, waktu itu sudah hilang rasa takut akan dosa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami