Inspirasi

Bersedekah Memanjangkan Umur

Oleh Rizal Alhaj  •  18 Jul 2018  •  2 min baca

Suatu hari Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim A.S lalu bertanya;

”Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”

Nabi Ibrahim menjawab;

“Itu tadi sahabatku dan sekaligus muridku.”

Malaikat bertanya lagi;

“Ada apa dia datang menemuimu?“

Nabi Ibrahim berkata;

“Dia ingin menyampaikan bahawa dia akan menikah esok pagi.”

Malaikat Maut berkata;

“Wahai Ibrahim. Sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.”

Setelah itu, Malaikat Maut pun pergi meninggalkan Nabi Ibrahim A.S Hampir sahaja Nabi Ibrahim A.S tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut agar menyegerakan pernikahannya malam itu juga serta memberitahu juga tentang kematiannya.

Tetapi, langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim A.S memilih kematian tetap menjadi rahsia Allah S.W.T. Keesokan paginya, Nabi Ibrahim A.S ternyata melihat dan menyaksikan anak muda tersebut melangsungkan pernikahannya.

Haripun berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun. Nabi Ibrahim A.S malah melihat anak muda itu panjang umurnya sehingga 70 tahun.

Nabi Ibrahim A.S pun bertanya kepada Malaikat Maut, mengapa Malaikat berbohong tempohari? mengatakan yang anak muda itu akan mati esok hari tetapi ternyata tidak mati bahkan umurnya panjang. Malaikat Maut berkata;

“Aku memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut tetapi Allah menahannya. Kenapa Allah S.W.T menahan tanganku untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu?

Ketahuilah wahai Ibrahim, bahawa di malam menjelang pernikahannya anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya.

Inilah yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya terus hidup. “

Kematian memang di tangan Allah S.W.T. Mempercepatkan atau melambatkan kematian juga adalah hak Allah.

Ingatan buatku serta seluruh umat islam. Marilah kita perbanyakkan sedekah. Kita awali sedekah kita ini dengan mengirimkan kisah yang bermanfaat ini baik kepada keluarga, saudara mara, rakan taulan serta seluruh umat islam. Inshaa Allah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami