Inspirasi

Bermula Apa Yang Ada Di Tangan

Oleh C.O.M  •  28 Dec 2015  •  1 min baca

Cerita empat beradik yang memulakan bisnes online. StorYah.

Semuanya bermula apabila kami berkumpul, dan mula bercerita tentang online shopping. Kami ini perempuan, dan perempuan dengan shopping adalah sesuatu yang erat. Cuma cara sahaja yang berbeza.

Dahulu ligat shopping di pusat beli belah, dan sekarang teknologi semakin memudahkan, cuma perlu shopping di internet.

Tercetus idea, “Bagaimana sekiranya kita pun berjualan di internet?”

Sekiranya selama ini, kami hanya ‘memberi’ kepada online shopping, mengapa kami tidak cuba ‘mendapatkan’ sesuatu daripada perkara tadi?

Akhirnya bermulalah satu persepakatan mudah untuk bekerjasama antara kami adik-beradik. Diberi nama Stor, kerana pada mulanya kami fikir, kami boleh menjual bermacam-macam jenis barang. Namun pada akhirnya, kami tetapkan StorYah khusus bagi menjual kerongsang.

Selain bisnes, StorYah menjadi tempat para ahli dalam StorYah melatih kemahiran dan mencapai impian masing-masing (jadi jurufoto, buat akaun, berinteraksi dengan pelanggan, design kerongsang) .

Boleh kata, menyulam dan melihat kristal itu terapi untuk kami, sebab ia perkara yang kami suka buat. Lebih seronok, ia juga jadi sebab duit masuk.

Begitulah kami bermula. Bermula dengan apa yang ada di tangan, bermula dengan kecil. Kami tidak berani kami sudah berjaya sepenuhnya, tetapi kami boleh kata, kami gembira dengan apa yang kami buat.

Boleh lawat kami di sini.
Facebook
Storyah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

C.O.M

Page Facebook yang bercerita tentang orang-orang di Malaysia. Sama ada warganegara ataupun pendatang tanpa izin.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami