Ibadah

Beristiqamahlah Walaupun Ramadan Telah Berlalu Pergi

Oleh Ustaz Rozaimi Ramle  •  9 Jul 2017  •  2 min baca

Syawal menjelma dan segala apa yang kita lakukan tika dibulan Ramadan boleh kita teruskan. Jangan terhenti di akhir Ramadan. Kita boleh mula berpuasa sunat dibulan Syawal sebagai menyambung puasa kita dan dibulan-bulan yang lain juga. Sebagai contohnya puasa 6 dibulan Syawal.

Dari Abu Ayyub Al-Anshory bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa berpuasa Ramadan, kemudian melanjutkan dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”(HR. Muslim)

Begitu juga, genap sebulan kita solat berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid, maka apa salahnya kita teruskan jua dibulan-bulan yang lain. Bukan sekadar dibulan Ramadan kita berusaha ke masjid dan berjemaah namun tidak dibulan-bulan yang lain. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda”(HR Bukhari dan HR Muslim)

Tangan kita begitu cepat memberi ketika dibulan Ramadan dan apa kata kita teruskan memberi walaupun sedikit dibulan-bulan yang lain. Kerana tangan yang diatas lebih baik daripada tangan dibawah. Dari Hakim bin Hizam Radhiyallahu anhu, daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda :

“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak membutuhkannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.”(HR Bukhari dan HR Muslim)

Teruskan amalan-amalan baik yang kita lakukan dibulan Ramadan. Jangan kita terasa penat dan terhenti di tengah jalan. Didiklah diri kita untuk terus beristiqamah.
Allah Ta’ala berfirman:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah kamu (pada jalan yang benar), sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersama kamu. Dan janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha melihat apa yang kalian kerjakan”(Hûd 11:112)

Ingatlah peringatan Allah kepada kita.

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ

“Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya DIA akan melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatannya, niscaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit”(Al-An’âm 6:125)

Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ustaz Rozaimi Ramle

Ustaz Rozaimi Ramle

Dr Rozaimi ialah pensyarah dalam bidang hadith. Beliau mendapat Phd dalam bidang hadis dari Jordan. Merupakan pensyarah hadith di Upsi dan salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami