Inspirasi

Berfikir Dengan Hati

Oleh Natirah Azira  •  26 Mar 2019

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, dibawakan oleh IluvUAllah)

Sesungguhnya Allah mengatakan di dalam Al Quran bahawa hati adalah sesuatu yang mampu berfikir bukan hanya akal.

Sebab itu, Allah menurunkan hidayah dan petunjuknya kepada hati yang mahu berfikir.

Dan hati yang berfikir akan sentiasa melihat setiap sesuatu di sekelilingnya sebagai tanda kekuasaan Allah. Apabila dia melihat langit, laut, tanah, pohon, jalan raya, orang yang lalu lalang, kehidupan yang serba laju – namakanlah apa sahaja, maka setiap satunya akan mengingatkan dia kepada Allah.

Malah Allah memberi perumpamaan bahawa orang yang tidak mahu berfikir dengan akal dan jiwa mereka tentang Allah, mereka samalah seperti lembu. Mengapa?

Kata Ustaz Nouman Ali Khan, kerana lembu adalah binatang yang sangat tidak responsif dan lambat memberikan reaksi.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”

Semoga hati, mata dan telinga yang Allah berikan kepada kita mampu membuatkah kita berfikir, melihat dan mendengar dengan taat dan tidak hanya membuatkan kita sibuk dengan hal dunia.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami