Ibadah

Berdoalah Dengan Tidak Menyebut “Jika Engkau Mahu”

Oleh Fizah Lee  •  12 Dec 2019  •  2 min baca

Bagaimana ungkapan doa anda apabila ingin meminta dan memohon sesuatu daripada Allah? Adakah anda akan berharap agar Allah memakbulkan doa tersebut dengan sesungguh-sungguhnya atau anda sekadar berdoa sebagai cukup syarat kepada solat atau mengikut sunnah Baginda SAW.

Sesetengah daripada kita akan berdoa dengan mengungkapkan perkataan “semoga Engkau memakbulkan doaku” dan ada juga yang mengucapkan “makbulkan doaku jika Engkau mahukan.”

Tahukah anda bahawa takdir boleh diubah dengan berdoa? Disebabkan itu, manusia disuruh untuk sentiasa meletakkan pengharapan kepada Allah dengan berdoa. Doa itu sendiri diibaratkan sebagai senjata muslim yang paling berkesan.

Perkara ini ada diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya, doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa.”(Hadis Riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Menurut Syeikh Al-Qaradhawiy di dalam kitabnya, beliau berpendapat bahawa, setiap doa dan takdir itu adalah berada di dalam kekuasaanNya.

Namun, sebagai hamba, kita dituntut untuk berusaha dari segenap aspek sama ada dengan berdoa mahupun usaha-usaha lain.

Doa itu merupakan salah satu cara untuk menjadikan hidup kita sebagai seorang hamba yang berjaya, bukannya lemah.

Dengan doa, hati kita akan menjadi lebih kuat dan tenang kerana kita percaya dan yakin kepadaNya.

Oleh itu, tidak salah untuk berdoa dengan penuh pengharapan kepadaNya tanpa memasukkan perkataan “jika Engkau mahu.”

Sebaliknya, berdoalah dengan sepenuh hati agar ia dikabulkan. Ini ada disebut dalam sebuah hadis Baginda SAW yang bermaksud:

“Hendaklah kalian tidak mengatakan: “Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu; Ya Allah rahmatilah aku jika Engkau mahu; Ya Allah, berilah rezeki kepada aku jika Engkau mahu.” Sebaliknya, hendaklah dia menegaskan permintaannya kerana Allah Maha Berbuat apa yang Dia kehendaki, tidak ada yang memaksa bagiNya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Hari-Hari Allah oleh Yusuf Al-Qaradhawiy


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami