Inspirasi

Berapa Besar Kadar Cinta Kita Kepada Ilmu

Oleh BroSyarief  •  10 Oct 2018  •  2 min baca

Al-Imam ar-Razi (w.606H), menukilkan dari ar-Rabi’ (w.270H), di mana al-Imam asy-Syafi’e (w.204H) rahimahumullaah menyebutkan:

مَثَلُ الَّذِي يَطْلُبُ الْعِلْمَ بِلا حُجَّةٍ

Perumpamaan orang yang mencari ilmu tanpa kefahaman hujah (yakni bukti dan penjelasannya),

كَمَثَلِ حَاطِبِ لَيْلٍ يَحْمِلُ حِزْمَةَ حَطَبٍ

Adalah bagaikan seorang pengumpul kayu api di waktu malam, yang ingin memikul longgokan kayu api yang terikat,

وَفِيهِ أَفْعَى تَلْدَغُهُ وَهُوَ لا يَدْرِي

Dan padanya terdapat seekor ular sawa yang akan mematuknya dalam keadaan dia tidak menyedari (kerana gelap, tiada cahaya).’

وقيل له: كيف رغبتك في العلم؟

(Lalu,) ada yang bertanya kepada beliau:

“Bagaimana kadar cintamu terhadap ilmu?”

فقال: أسمع بالحرف الذي لم أسمعه، فتود أعضائي أن لكل واحد منها سمعا، يتنعم بسماع تلك الكلمة

Lalu beliau menjawab: ‘(Ianya seperti apabila) Aku mendengar satu perkataan yang aku tidak pernah dengar sebelum ini, lalu seluruh anggota tubuhku mengharapkan bagi setiap mereka memiliki pendengaran agar dapat menikmati (kelazatan) mendengarkan kalimah (baru) tersebut.’

قيل له: فكيف حرصك عليه؟

(Lalu) Ditanyakan kepadanya:

“Bagaimana (pula) kesungguhanmu terhadapnya (yakni: usaha mencari ilmu)?”

قال: حرص الجموع المنوع على المال.

Beliau mengatakan: “(Bagaikan) Bersungguhnya seorang yang begitu tamak, malah sangat kedekut, (dalam mengurus) harta.”

قيل: وكيف طلبك له؟

(Kemudian) Ditanyakan (lagi) kepadanya:

“Bagaimana pula usaha engkau mencarinya?”

قال: طلب المرأة التي ضلت ولدها، وليس لها غيره

Beliau membalas: “(Ianya seperti usaha) Seorang wanita yang (bersungguh-sungguh) mencari anaknya yang hilang, dalam keadaan dia tidak mempunyai anak yang lain kecuali yang satu itu sahaja”

وقال: من لا يحب العلم فلا خير له، ولا ينبغي أن تكون بينك وبينه معرفة

Beliau menyambung pesanannya mengatakan: “Sesiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tiada sebarang kebaikan untuknya. dan tidak selayaknya di antara engkau dan orang sedemikian mempunyai sebarang hubungan kenalan”

[Manaqib al-Imam asy-Syafi’e, m/s 315-316]

#NotaTerjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

BroSyarief

BroSyarief

BroSyarief merupakan seorang penuntut ijazah dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami