Ibadah

Beramal Walau Dengan Sekecil Perkara

Oleh BroSyarief  •  28 Nov 2018  •  1 min baca

(Diriwayatkan) Daripada ‘Adiy ibn Hatim RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إلاَّ سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وبَيْنَهُ تَرْجُمَانٌ

Tiada seorang pun dari kalangan kalian, kecuali Tuhannya akan berbicara langsung dengannya tanpa ada penterjemah di antara dia dan Tuhannya.

فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ

Dia akan melihat ke kanannya, dia tidak mendapati melainkan (semua rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia),

وَيَنْظُرُ أشْأَمَ مِنْهُ فَلاَ يَرَى إلاَّ مَا قَدَّمَ

Dan kemudian dia melihat ke kirinya, dia tidak mendapati melainkan (semua rekod) apa yang telah dilakukannya (di dunia),

وَيَنْظُرُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلاَ يَرَى إلاَّ النَّارَ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ

Lalu dia melihat ke hadapannya, dia mendapati api neraka benar-benar berada di depannya.

فَاتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ

Maka, perhatikanlah (amalmu, agar tidak terjerumus ke dalam) api itu, walau sekadar (bersedekah) dengan separuh buah kurma”

مُتَّفَقٌ عَلَيهِ

(HR Bukhari & Muslim)

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita dapati daripada hadis di atas.

1. Beramal lah walau sekecil apa pun amal dan sumbangannya, dengan ikhlas dan konsisten. Diiringi dengan usaha menambah baik kualitinya, ketekunannya, dengan menambah ilmu serta kefahaman.

2. Akhirat itu pasti. Syurga dan neraka itu pasti. Jadikan ia titik motivasi agar tidak mudah berputus asa atau tertipu dengan kehidupan yang sementara di dunia ini.

3. Rasa takut itu perlu dalam hidup ini untuk mendorong kita agar terus memperbaiki diri. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk meraih redhaNya, walau apapun halangannya.

#NotaTerjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

BroSyarief

BroSyarief merupakan seorang penuntut ijazah dalam bidang Quran dan Sunnah di UIAM

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami