Ibadah

Beralih Tempat Ketika Solat Sunat Rawatib Adalah Sunnah

Oleh Fizah Lee  •  2 Mar 2020  •  2 min baca

Solat sunat rawatib merupakan solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum atau selepas solat wajib. Ia juga dikenali sebagai solat sunat qabliyyah (sebelum) dan solat sunat ba’diyyah (selepas). Ia ditunaikan sebanyak dua rakaat.

Antara manfaat yang diganjarkan Allah melalui solat sunat ini ialah dapat menampung kekurangan solat fardu yang ada.

Maksud: “Dari abu Raafi’ dari Abu Hurairah katanya, Nabi SAW pernah bersbda: “Yang pertama sekali akan diperhitungkan dari amalan seseorang hari kiamat kelak adalah solat fardunya. Jika didapatkan solat fardunya sempurna, maka dia akan ditulis sempurna. Jika solat fardunya tidak sempurna, maka Allah memerintahkan untuk memeriksa tentang solat sunatnya. Kalau didapatkan ada solat sunatnya, maka solat sunat tadi akan menyempurnakan segala kekurangan yang terdapat di dalam solat fardu. Demikian pula cara menghitung amalan-amalan yang lain.” (Hadis Riwayat An-Nasai, no. 0452)

Dalam beberapa hadis dan sunnah ada diceritakan mengenai cara Baginda ketika menunaikan solat sunat Rawatib. Antaranya ialah, Baginda akan beralih tempat sedikit daripada tempat solat fardu tersebut.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: “Termasuk sunnah adalah memisahkan (membezakan) antara solat wajib dan solat sunnah ketika solat jamaah dan lain-lain, sebagaimana terdapat nas sahih bahawa Rasulullah melarang menyambung dengan solat lainnya sampai dipisahkan dengan berdiri atau berbicara.”(Al-Fatawa Al-Kubra, 2/395)

Oleh itu, jika anda sering mengamalkan solat sunnah qabliyyah mahupun ba’diyyah, maka digalakkan untuk anda membezakan tempat sujud. Dalam erti kata lain, ubah sedikit tempat anda solat.

Dalam beberapa riwayat yang lain menyebutkan bahawa ia bukan sahaja diaplikasikan terhadap solat sunat rawatib sahaja, bahkan untuk solat sunat lain seperti Tahiyatul Masjid dan sebagainya.

Sebahagian ulama menyebut bahawa hikmah berpindah tempat adalah agar banyak tanah bumi yang dijadikan tempat sujud. Hal ini kerana, di akhirat kelak, bumi akan bersaksi mengenai banyaknya tempat sujud yang dilakukan oleh seseorang.

Maksud: “Disunnahkan untuk berpindah dari tempat solat sunnah dari tempat solat wajibnya untuk memperbanyakkan tempat sujud kerana bumi akan bersaksi baginya.” (nihayah Al-Muhtaj, 1/552)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami