Gaya Hidup

Bentuk-Bentuk Ucapan Takziah Yang Boleh Diucapkan Kepada Orang Bukan Islam

Oleh Natirah Azira  •  15 Oct 2019  •  3 min baca

Hidup di negara yang berbilang kaum, dan mempunyai bermacam jenis budaya – kita menjadi masyarakat yang terbuka meraikan kepelbagaian dalam suasana yang harmoni.

Maka berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan berlainan agama dan bangsa adalah perkara biasa dalam kehidupan seharian. Perlu diingat, masih ada hak-hak terhadap mereka yang perlu dipenuhi seperti menghormati, menjaga rahsia, termasuklah menziarahi mereka ketika sakit.

Malah Nabi juga biasa melakukan hal yang sama. Pada suatu ketika, seorang budak Yahudi yang pernah bekerja membantu Nabi SAW telah ditimpa sakit. Rasulullah SAW menziarahinya dan ketika Nabi duduk di sisi kepalanya, Nabi telah mengajaknya masuk Islam, dan disambut baik oleh budak tersebut dan bapanya.

Kata Nabi SAW lagi,

أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

Maksudnya: “Berilah makan kepada orang yang lapar, jenguklah orang yang sakit, dan bebaskan tawanan.” Riwayat Al-Bukhari (5373)

Apa Yang Boleh Diucapkan Ketika Menziarahi

Orang Islam boleh mengucapkan takziah seperti biasa kepada rakan bukan Islam yang diziarahi.

Dibolehkan bagi seorang Muslim untuk mengucapkan takziah bagi orang bukan Islam (zimmi) dan begitu juga bagi orang Muslim yang mempunyai kerabat yang bukan Islam…” (Imam An-Nawawi – Lihat Raudhah al-Talibin, 2/145)

Antara doa yang boleh dibaca kepada mereka adalah seperti berikut:

Jika menghadapi kematian, dan kita menziarahi ahli keluarga si mati, maka boleh membaca doa di bawah:

أخلف الله عليك ولا نقص عددك
(Ukhlafallahu ‘alaika , wa la naqoso ‘adadaka)
“Semoga Allah menggantikan kamu (dengan yang lebih baik) dan tidak mengurangkan bilangan kamu”

Selain itu, kita juga boleh membaca doa ini:

“أعطاك ألله على مصيبتك أفضل ما أعطى أحدا من أهل دينك”
(A’thookallahu ‘ala musiibatika ‘afdhola ma a’tho ahadan min ahli diinika)

Maksud: “Semoga Allah memberikan (yang terbaik ganjaran) ke atas musibah (yang menimpa kamu) yang tidak diberikan kepada seorang pun dari kalangan agamamu”

Tetapi Syeikh Albani RA mengingatkan bahawa perlu diperhatikan sama ada orang kafir tersebut mestilah bukan musuh yang memerangi kaum Muslimin.(Ta’liq Kitab Adab Mufrod 1/430)

Ganjaran Yang Diperoleh Oleh Orang Yang Menziarahi

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَادَ مَرِيضًا ، نَادَى مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ : طِبْتَ ، وَطَابَ مَمْشَاكَ ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً

Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ada penyeru yang menyeru dari langit: Kamu adalah orang baik, dan langkahmu juga baik dan engkau berhak mendapat satu tempat di syurga.” Riwayat Ibn Majah (1443) dan al-Tirmizi (2008)

Demikian besar penghormatan yang diberikan kepada orang yang berusaha menziarahi teman atau saudaranya yang sakit (tidak kira sama ada orang yang sakit itu Islam atau tidak). Ambil lah peluang tersebut untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan keharmonian dalam kehidupan.

اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً

Maksudnya: Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilanglah kesengsaraan, sembuhkan (yang sakit) Engkau adalah Zat yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit”

Riwayat Abu Daud (3883), Ibn Majah (3530), Ahmad (3615), al-Tabarani (10/213) dan al-Hakim (4/463)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami