Keluarga

Benarkah Teori Biarkan Anak Menconteng Agar Kelak Menjadi Kreatif?

Oleh Saiful Nang  •  11 Feb 2018  •  5 min baca

Minggu lepas ada orang hantar mesej katanya;

“Nak anak jadi kreatif, jangan larang anak buat sepah dan conteng di dinding.”

Saya anggap itu tips parenting beliau semata-mata. Sebagai orang yang berada dalam dunia kreatif yang sudah mula menjual lukisan dari umur 7 tahun.

Menjadi pelukis mural upahan pada umur 12 tahun dan dalam sekolah menengah dah painting, lepas universiti jadi animator, kemudian jadi lecturer Arts, kemudian jadi jurukamera dan mengarah filem-filem pendek, saya rasa macam saya perlu juga bersuara sedikit.

Masa kecik dulu, kalau saya conteng plywood partition antara bilik mak dengan ruang tamu, esoknya mesti kena soal siasat. Mak cuma tanya dengan nada macam singa tertelan microfon;

“Siapa yang conteng!”

Semuanya senyap tidak mengaku. Tapi emak tahu, terus zoom kat aku. Kenapa? Dia tahu macam mana aku juga tahu anak-anak aku sendiri kadang-kadang menipu dan kena soal siasat.

Kita bukan pandai menipu dan pandai susun ayat menipu.

“Angah pegang pen tapi tak ada conteng pun, tiba-tiba je dah ada lukisan kat situ.”

Bila tanya adik dia cakap;

“Adik tak boleh cakap siapa conteng, nanti Angah marah.”

Ok, mudah sahaja selesai masalah tu. Tapi itu bukan perkara pokok. Yang pokok, ialah larangan menconteng rumah, sofa, peti ais, almari, tandas, muka ayah, TV dan motor semua tidak merosakkan kreativiti.

Sama juga dengan rumah bersepah-sepah dikatakan anak itu kreatif. Kalau selepas main roundess, konda kondi, baling selipar habis semua pasu bunga emak, bunga orked gantung semua jadi lintang pukang.

Selepas habis main, emak lihat semua tu bertabur habis satu Felda emak pekik. Sebagai anak, kita malu kalau emak pekik sampai pegawai Felda Bera Selatan pun dengar padahal emak jerit kat Felda Tementi.

Lalu, kami adik beradik berpakat selepas main semua suruh kawan-kawan kemas balik laman rumah kalau nak hidup tenteram. Jangan pandai main jer tapi mengemas tidak pandai. Tidak akan hilang kreativiti pun dengan pekikan dan bebelan emak.

Pertama sekali saya nak tekankan apa itu kreativiti dari perspektif yang sepatutnya orang tahu. Ia adalah kebolehan melakukan sesuatu perubahan atau ciptaan dengan keterbatasan yang ada.

Ramai orang ingat asal boleh kreatif sahaja tetapi tidak lihat bahagian “dalam keterbatasan” tertentu.

Awak bagi duit RM4 billion untuk orang buat bisnes, selepas 10 tahun dia buat 10 billion berbanding orang yang buat 10 billion dengan modal cuma RM10, yang mana satu kamu fikir kreatif?

Kalau dapat buat roket pergi bulan tapi bajet ada RM100 billion dengan orang buat roket dengan bajet RM1000 agaknya siapa lebih kreatif?

Mari saya betulkan sedikit. Saya dah penat tengok rumah bersepah. Kemudian rumah kita dah elok-elok kemas tiba-tiba datang tetamu yang anaknya perangai macam sotong banyak tangan habis semua dicapai, dijatuh, disepah, ditumpah tapi ibu bapa dia biasa sahaja.

Ada juga saya tegur dengan sediplomatik yang boleh;

“Ehh, janganlah panjat, nanti jatuh siapa yang sakit?”

Tetapi ibu bapanya biasa sahaja dan mempunyai keyakinan kendiri yang tinggi yang anaknya akan jadi kreatif macam Picasso. Katanya;

“Budak-budak besar begini, kita tak boleh nak larang sangat, nanti terbantut kreativitinya.”

Saya senyum senget. Saya lahir dengan segala jenis pantang larang arwah emak buat. Larangan mandi sungai sampai malam, larangan menconteng dinding rumah, larangan menyepahkan barang dan macam-macam lagi.

Dari larangan conteng dinding, disediakan kertas untuk segala jenis kreativiti dizahirkan. Banyak mana pun tidak ada masalah asalkan atas kertas.

Tetapi kalau banyak sangat, mak akan tanya juga katanya membazir dan nak tengok hasil dengan sindir sikit;

“Mana yang dah lukis…mak nak jual”

Pelajarannya, boleh nak kreatif tetapi jangan sampai membazir. Larangan menyepahkan barang, kalau sepah kita kena kemas.

Masa mengemas balik tu, bukankah terbit kreativiti bagaimana nak mengemas dengan cara lebih baik dari sebelumnya? atau kreativiti untuk bermain segala permainan tanpa menyepahkannya?

Hari ini, mak ayah dah moden. Anak kaki sepah, kaki conteng semua dibiarkan kononnya itu buat anak jadi kreatif.

Jangan lupa, setiap kreativiti mesti diberikan sempadan. Kalau tidak, nanti anak membesar tanpa segan silu menconteng muka kamu mak ayah kerana memang dari kecil tidak pernah kisah kat manapun mereka nak conteng.

Jangan takut anak serik bila kita larang itu ini kerana anak-anak dijadikan untuk tidak serik cepat sangat. Kalau mereka mudah serik, pasti sekali bertatih dan jatuh sampai sakit lututnya, dia terus putus asa dan sampai sekarang mereka tidak pandai berjalan walaupun sudah dewasa.

Mungkin orang yang mengeluarkan teori anak penyepah dan penconteng tidak boleh dilarang akan menjadikan mereka pencipta yang kreatif.

Mungkin betul, tetapi hilang adab, hilang agamanya. Agama itu sendiri ada batasan yang tertib untuk jadi manusia.

Tidak semua yang Mat Saleh tulis tu semuanya kita kena telan. Biarlah Mat Saleh cakap menurut kajian professor itu professor ini. Belajarlah timbang-timbang sikit, jangan main telan dan hadam semua.

Kita bukan nak melarang, tetapi menetapkan had untuk keupayaan mereka. Kreativiti mesti datang dengan batasan.

Saya juga pernah jadi photographer yang ada nama lah sikit sebelum ini. Semasa dah ada nama sikit, ramailah model-model baru nak up menyerah nak minta diambil gambarnya berbogel atas lesen “Artistic Nude”.

Kononnya, atas nama kreativiti atau artistic semua boleh jadi halal. Saya ada pilihan antara nak ambil atau tidak. Kalau ikutkan perempuan yang rela nak berbogel untuk diambil gambarnya banyak sahaja. Saya cuma cakap;

“Awak tak malu ke?”

Artikel Berkaitan;
3 Faktor Yang Menjadikan Anak-Anak Sekarang Mencabar
Jangan Takut Untuk Berkata ‘No’ Kepada Anak


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Saiful Nang

Executive Chairman, Pengasas Bersama Rumah Kebajikan, Motivator, Dyslexic, Film Director, Cikgu, Ph.D candidate, Book Writer, Art Director, Sarcastic Facebook Status Poster. Rumah Pengasih Warga Prihatin ialah cinta hati saya. Isteri dan anak saya ialah teman sejati saya. Kerjaya saya ialah hobi saya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami