Remaja

Benarkah Perempuan Juga Membuli?

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  10 Aug 2019  •  3 min baca

Buli bukan hanya masalah pelajar lelaki. Kes buli juga ada di kalangan pelajar perempuan. Cumanya pelajar perempuan kalau membuli ‘lain macam’ sedikit berbanding pelajar lelaki.

Tidak kiralah di asrama ataupun di sekolah harian. Disebabkan buli pelajar perempuan lebih bersifat buli emosi berbanding buli fizikal, sasaran pembuli perempuan bukannya yang lemah fizikal, sebaliknya yang sering menjadi sasaran adalah:

#1- Pelajar yang cantik lebih daripada dia
 
#2- Pelajar yang pandai lebih daripada dia 

#3- Pelajar yang mendapat perhatian lebih daripada dia 

#4- Pelajar yang mempunyai apa-apa pun yang lebih daripada dia.

Dari pengalaman saya sendiri, ada pelajar perempuan Tahun 3 (9 tahun) yang membuli kerana pelajar yang menjadi sasaran itu dilihat mempunyai keluarga yang lebih lengkap dan bahagia berbanding keluarga dia.

Kebanyakan pelajar perempuan membuli kerana faktor persaingan (competition).

Persaingan melahirkan rasa ‘insecure’, cemburu, tersisih, kekurangan, ketinggalan dan ‘rejected’ dalam diri pelajar perempuan. Perempuan sifatnya sensitif.

Emosi mereka cepat tersentuh. Teknik membuli pun ‘lain macam’.
Dia akan mengumpulkan geng untuk sama-sama berbisik, mengumpat, mentertawakan, bergosip atau ‘membawang’ tentang pelajar yang menjadi sasaran. 

Dia juga ‘cucuk’ orang lain supaya tidak berkawan dan menyisihkan pelajar sasaran dengan menyebarkan pelbagai kisah yang mungkin direka dan ditokok tambah.

Pada zaman digital ini, dia juga menyebarkan gambar atau video untuk memalukan pelajar sasaran di media sosial atau lebih dikenali sebagai buli siber.

Biasa kita dengar pelajar perempuan dibuli kerana cemburu berebutkan pelajar lelaki. Dari buli emosi lama kelamaan menjadi lebih agresif hingga membawa kepada buli fizikal pula seperti menarik tudung, menarik rambut, menendang perut, menampar muka dan sebagainya.

Pelajar perempuan yang membuli mempunyai keyakinan diri dan jati diri yang rendah. Mereka cuba menutup ketidakmatangan emosi mereka dengan membuli emosi sasaran. Mereka mahu sasaran rasa apa yang mereka rasa. Buli emosi tetap buli.

Apakah Tindakan Jika Anak Perempuan Anda Dibuli?

#1- Laporkan kepada pihak sekolah dan pastikan pihak sekolah menyiasat dan mengambil tindakan. 

#2- Perlu ada kerjasama positif antara ibu bapa dan sekolah bukannya persengketaan saling menuduh dan menular video.

Ingatlah yang menjadi mangsa adalah anak. Ibu bapa dan sekolah adalah pelindung.

#3- Dengar luahan perasaan anak dan bimbing emosinya.

#4- Bawa berjumpa kaunselor jika anak murung dengan insiden dibuli.
Apa yang harus dilakukan secara umumnya?

Perkuasakan (empower) semua anak/pelajar perempuan bukan hanya yang pandai akademik dan terpilih sahaja:

– supaya mereka tahu bahawa setiap seorang daripada mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.

– supaya mereka merasa bernilai dan berharga di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat.

– supaya suara mereka didengari.

– supaya mereka diberi ruang untuk menyumbang dalam keluarga, di sekolah dan dalam masyarakat.

Ibu bapa, berilah perhatian kepada anak-anak anda walau sesibuk mana sekalipun diri anda, menyesal kemudian hari tidak berguna.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami