Sejarah

Benarkah Kisah Saidina Umar Menanam Anak Perempuan Hidup-Hidup?

Oleh Fizah Lee  •  14 Mar 2020  •  3 min baca

Dikisahkan salah satu perbuatan dan amalan masyarakat Arab Jahiliah yang sangat berleluasa sebelum kedatangan Islam ialah menanam anak perempuan hidup-hidup. Anak perempuan yang baru lahir dikatakan boleh memberi musibah dan menjatuhkan maruah kepada keluarga.

Anak perempuan tidak mendatangkan manfaat pun kepada keluarga berbanding dengan kelahiran anak lelaki yang akan diagungkan kerana mereka ialah mahkota kepada keluarga.

Dan, sebuah kisah popular yang sering kita dengar ialah Saidina Umar Al-Khattab yang pernah menanam anaknya secara hidup-hidup. Beliau pernah bertanyakan kepada Baginda SAW berkenaan dosanya sama ada dimakbulkan atau tidak.

Kisah ini sangat popular dalam kalangan kita berkenaan titik tolak kepada perubahan yang Islam bawa sehingga mampu mengubah Saidina Umar daripada seorang pembunuh anaknya kepada seorang tokoh Islam yang sangat hebat.

Maksud: “Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau telah bertanya berkenaan dengan firman Allah: “Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup.” Beliau bertanya: “Apakah dosa yang menyebabkan mereka dibunuh?” Saidina Umar bin Al-Khattab berkata: “Telah datang Qais bin ‘Ashim kepada Rasulullah SAW dan berkata:

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku pernah menguburkan anak perempuanku hidup-hidup pada zaman jahiliah.” Maka, Nabi Muhammad berkata: “Merdekakanlah seorang hamba untuk setiap anak-anak perempuan yang kamu kuburkan hidup-hidup sebagai kifarah dosa kamu.” Qais bin ‘Ashim menjawab: “Aku memiliki unta.” Nabi SAW menjawab: “Jikalau kamu mahu bersedekah, maka bersedekahlah dengan menyembelih seekor unta untuk setiap anak perempuan yang kamu kuburkan hidup-hidup.”

Ulasan Hadis Di Atas

Menurut perbahasan yang telah dinyatakan oleh jumhur ulama, hadis di atas adalah palsu dan rekaan semata-mata. Maka, tidak boleh beramal dan menyebarkannya untuk tujuan berdakwah dan sebagainya. Namun, jika menyebarkannya untuk memberi tahu kepalsuan hadis tersebut adalah tidak mengapa.

Menurut Musnad al-Bazzar 1:60 dan Majma’ al-Zawaid 7:238, Imam Haithami berkata – Para perawi al-Bazzar yang meriwayatkan hadis ini adalah yang tergolong di dalam kitab al-Sahih kecuali Hussein bin Mahdi al-Ailiy.

Jumhur ulama memberitahu bahawa kejadian yang betulnya ialah Umar hanya bertanya mengenai balasan dan apa yang seseorang itu boleh lakukan bagi menebus dosa yang pernah dilakukannya jika pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Dalam perbahasan lain menyebut bahawa, perbuatan menanam anak hidup-hidup berlaku dalam kalangan sesetengah kabilah Bani Tamim dan Bani Asad sahaja. Manakala, tidak terdapat sejarah atau penceritaan yang perlaku ke atas kabilah Quraisy. Sedangkan, Umar berasal daripada Bani Quraisy. (Mohd Tayyib an-Najjar, al-Qabasu al-Waddha’, ms. 78, Zakaria Bashier,The Meccan Crucible, ms. 24)

Tuntasnya, hadis yang tular dan popular mengenai Umar bin al-Khattab yang membunuh dan menanam anak perempuannya hidup-hidup itu adalah palsu dan tidak boleh disebarkan melainkan untuk menyebarkan kepalsuannya.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami