Gaya Hidup

Benarkah Bintang Atau Dewa Yang Turunkan Hujan?

Oleh Abdullah Bukhari  •  21 Nov 2019  •  2 min baca

Siapalah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan di bumi tanpa adanya hujan dari Allah. Hujan yang turun ‘secara percuma’ adalah antara nikmat terbesar kurniaan Allah kepada makhluk:

Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai. Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujan di antara manusia supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur Surah al-Furqan 25:48-50

Secara saintifiknya hujan turun dari gumpalan awan yang dibawa oleh angin, namun perlu disedari bahawa di sebalik sang angin dan sang awan ada Allah. Allah yang memberikan lesen kepada angin dan awan berkerja dalam aturan alam ciptaanNya.

Jika dikata hujan telah turun kerana awan sudah tiba atau hujan turun kerana dewa hujan sedang bermurah hati, ini sangat bahaya dan boleh membawa kepada kufur.

Rasulullah S.A.W ketika usai bersolat Subuh di Hudaybiyyah (pada waktu lepas hujan) telah bersabda:

هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ
Adakah kamu tahu apa yang dikatakan oleh Tuhanmu? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda menyambung, Allah berfirman: Ada hambaKu berpagi-pagi dalam keadaan beriman kepadaKu atau kufur kepadaKu. Adapun sesiapa yang berkata kami mendapat hujan kerana kurniaan dan rahmat Allah, maka dia telah beriman kepadaKu dan kufur kepada bintang-bintang. Manakala sesiapa yang berkata (kami mendapat hujan) kerana munculnya bintang sekian dan bintang sekian maka itulah yang kufur padaKu dan beriman kepada bintang-bintang Sahih al-Bukhari & Muslim


Menurut budaya Arab Jahiliah, mereka mengenalpasti perubahan musim berdasarkan kehilangan atau terbitnya sesuatu bintang.

Pemerhatian ini kemudiannya disalah anggap oleh sesetengah manusia dengan kepercayaan hujan turun kerana kuasa dewa hujan atau kuasa bintang tersebut.

Oleh itu, Allah menegaskan percaya hujan turun kerana النوء atau kemunculan sesuatu bintang adalah suatu kekufuran (sama ada kufur hakiki atau kufur nikmat) kerana ia suatu kepercayaan yang mencabar ketuhanan Allah sebagai satu-satuNya Zat dan Kuasa yang mampu menurunkan hujan.

Inilah juga salah satu makna ayat 50 surah al-Furqan yang difaham oleh para ulama Tafsir. Tauhidkan Allah dalam semua perkara walaupun sekadar titisan hujan dari langit.

Nampak remeh, namun ia adalah bukti kuasa dan rahmat Allah kepada kita semua. Bersyukurkah kita?


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abdullah Bukhari

Beliau merupakan seorang Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) dan kini menjadi seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Beliau juga merupakan pemikir dan penulis Nota Tafsir Wartawan al-Quran yang kerap dikongsikan bersama pembaca, lebih-lebih lagi pengguna Facebook. Selain daripada itu, penulisan beliau juga kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami