Ibadah

Benarkah Anggota Wuduk Akan Bercahaya Di Akhirat Kelak

Oleh Natirah Azira  •  10 Jan 2020  •  2 min baca

Wudhu berasal daripada perkataan wadha’ah (وضاءة). Ia bererti elok dan berseri. Sementara dari segi syara’ pula ialah perbuatan mengenakan air pada anggota badan yang tertentu dan perbuatan ini dimulai dengan niat.

Masyhur khabaran kepada kita bahawa setiap anggota yang terkena basuhan wudhu akan bercahaya pada hari kiamat kelak. Rasulullah SAW pula akan mengenali umatnya berdasarkan tanda wuduk tersebut.

“Sesungguhnya umatku akan datang di hari kiamat dengan wajah, tangan dan kakinya cemerlang bercahaya dari bekas wudhu. Barang siapa kuasa memanjangkan cahayanya, maka lakukanlah” (Muttafaq alaih dan lafaz Imam Muslim)

Dalam riwayat lain pula diceritakan bahawa sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW – bagaimana baginda akan mengenali umatnya kelak.

Maka jawab Rasulullah SAW:

“Tahukah kalian bila seseorang memiliki kuda yang berwarna putih, pada dahi dan kakinya di antara kuda-kuda yang berwarna hitam yang tidak ada warna selainnya, bukankah dia akan mengenali kudanya?”

Para sahabat menjawab: “Tentu wahai Rasulullah”

Rasulullah berkata: “Mereka (umatku) nanti akan datang dalam keadaan bercahaya pada dahi dan kedua tangan dan kaki, kerana bekas wudhu mereka” (HR Muslim)

Ulama mentafsirkan bahawa cahaya yang muncul pada anggota-anggota wuduk di akhirat kelak seperti warna putih yang terdapat pada kuda.

Oleh hal yang demikian, Imam Nawawi dan para ulama secara umumnya menyarankan agar dilebihkan basuhan wuduk di kepala, tangan dan kaki, namun usah sampai membazirkan air atau lebih daripada tiga kali basuhan. Wallahua’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami