Berita

Belum Ada Kenyataan Rasmi Tentang Pembatalan Haji Pada Tahun Ini

Oleh Natirah Azira  •  8 Apr 2020  •  1 min baca

Tidak sedikit desas-desus yang timbul bahawa ibadah haji pada tahun ini bakal dibatalkan. Bahkan umat Islam seluruh dunia telah maklum bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menyekat masuk dan keluar pergerakan ke beberapa buah bandar termasuk Mekah dan Madinah serta menghentikan kemasukan jemaah umrah.

Bagi mendapatkan penjelasan tentang status pelaksanaan haji pada tahun ini, YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengadakan pertemuan dengan TYT Mahmoud Hussein bin Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia pada 7 April 2020.

Antara lain yang terlibat dalam pertemuan tersebut ialah Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’an, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji (Tabung Haji) dan Tuan Haji Ruslan Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

TYT Mahmoud Hussein bin Saeed Qattan menjelaskan bahawa belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkaitan penangguhan ibadah haji pada tahun ini. Bermakna, belum ada kata putus yang dikeluarkan oleh pihak mereka.

Umat Islam harus terus bersabar serta mengelakkan diri daripada menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih. Ayuh terus berdoa agar ujian wabak COVID-19 akan berakhir dan pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini dapat berjalan seperti biasa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami