Inspirasi

Belajar Bersyukur Dengan Melihat Sekecil-Kecil Kebaikan Yang Ada

Oleh Fizah Lee  •  13 Nov 2020  •  2 min baca

Ada sebuah kata-kata hikmah yang menyebut – “Kita lebih senang untuk mengingat satu kesalahan berbanding dengan seribu kebaikan yang pernah dilakukan seseorang. Sedangkan, untuk diri kita sendiri, kita lebih senang mengingat satu kebaikan tetapi melupakan seribu keburukan yang dilakukan.”

Hal ini tidak pelik, tetapi ia tidak boleh dinormalisasikan. Jangan hanya kerana satu kesalahan, kita memilih untuk menutup mata di atas setiap kebaikan yang pernah dilakukan.

Hal ini sama juga dengan ujian yang perlu dilalui oleh kita sebagai manusia. Setiap hari kita diberikan nikmat dan kebahagiaan, tetapi apabila datangnya hanya satu hari yang dirudung duka, kita terus menangis dan meratap seolah-olah hanya itu yang pernah berlaku dalam kehidupan ini.

Sedangkan, ujian itu diberikan kerana Allah tahu bahawa hamba-hambaNya mampu untuk melaksanakannya.

Imam Hasan Al-Basri juga berkata – “Manusia terus menerus menghitung-hitung musibah yang menimpanya. Namun, dalam masa yang sama, dia lupa betapa banyaknya nikmat yang telah tuhan berikan kepadanya.”

Malah, melalui kalam Allah juga ada menyebut mengenai sikap manusia yang tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang telah diberikan;

إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ 

Mafhum: “Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat tuhannya.” (Surah Al-Adiyat, 100:6)

Untuk menjadi manusia bersyukur ini bukan mudah tetapi tidak mustahil. Hanya diri kita sahaja yang perlu menetapkan perkara tersebut ke dalam minda agar perbuatan syukur boleh ditanam.

Justeru, elakkan diri dari menjadi manusia yang terlalu melihat keburukan dan menghitung musibah sebaliknya bersyukurlah walau dengan sekecil-kecil perkara.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami