Keluarga

Basahkan Wajahnya Dan Ajaklah Solat Bersama

Oleh Abdullah Bukhari  •  31 Oct 2019  •  3 min baca

Tabiat Nabi Ismail dan para nabi yang lain menggalakkan ahli keluarga mereka menunaikan solat. Solat adalah “oksigen” para nabi.

Dalam al-Quran banyak sekali Allah menyebut bagaimana para nabi memenuhi hidup mereka dengan solat, antaranya adalah;

#1- Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim [14:40]
#2- Nabi Musa dalam surah Taha [20:13]
#3- Nabi Isa dalam surah Maryam [19:30-31]
#4- Nabi Zakariya dalam surah Ali ‘Imran [3:39]
#5- Nabi Syu’ayb dalam surah Hud [11:87])

Budaya hidup nabi Isma’il A.S yang direkodkan Allah dalam surah Maryam yang bermaksud :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya dia adalah benar menepati janji dan adalah dia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. Dan dia selalu menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredai di sisi Tuhannya!Surah Maryam 19:54-55

Nabi Isma’il A.S sangat mementingkan solat dan selalu mengingatkan ahli keluarganya agar menjaga solat. Semangat ini turut diikuti oleh cucu baginda iaitu Rasulullah S.A.W sendiri kerana baginda juga mendapat arahan yang sama:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Dan perintahkanlah keluargamu (wahai Muhammad) serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa Surah Taha 20:132

Pada setiap pagi, Rasulullah akan mendatangi rumah Fatimah R.A dan Ali R.A seraya berkata:

“الصَّلاةَ الصَّلاةَ”(إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّه لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرُا) ” .
Solat! Solat! (kerana sesungguhnya Allah mahu membersihkan kamu semua dari segala kotoran (dosa) dan menyucikan kamu dengan sesuci-sucinya Petikan Surah al-Ahzab:33 (Tafsir al-Tabari

Ia juga menjadi kebiasaan Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab R.A sebagaimana sebuah riwayat:

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ مَا شَاءَ اللَّهُ حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ أَيْقَظَ أَهْلَهُ لِلصَّلَاةِ يَقُولُ لَهُمْ الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ ثُمَّ يَتْلُو هَذِهِ الْآيَةَ { وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى }
‘Umar bin al-Khattab selalu mendirikan solat malam untuk beberapa ketika sehingga penghujung malam. Setelah itu beliau akan mengejutkan ahli keluarganya untuk solat seraya membaca ayat 132 surah TahaMuwatta’ Malik

Ingat-mengingat dan kejut-mengejut ahli keluarga untuk mendirikan solat disebut secara romantis oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ
Allah merahmati seorang suami yang bangun solat malam dan mengejutkan isterinya. Sekiranya si siteri tak mahu bangun (kerana mengantuk), si suami akan membasahkan wajah isterinya dengan air (sebagai tanda kasih sayang). Allah juga merahmati seorang isteri yang bangun solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya si suami tak mahu bangun (kerana mengantuk), si isteri akan membasahkan wajah suaminya dengan air Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasa’I & Sunan Ibn Majah

Aduhai sungguh romantik sekali bila kedua pasangan bersikap sedemikian. Inilah sikap yang sepatutnya dilakukan oleh pasangan dalam rumah tangga bagi menjamin bahagia yang berkekalan di dunia dan di syurga kelak, Insya-Allah!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abdullah Bukhari

Abdullah Bukhari

Beliau merupakan seorang Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) dan kini menjadi seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Beliau juga merupakan pemikir dan penulis Nota Tafsir Wartawan al-Quran yang kerap dikongsikan bersama pembaca, lebih-lebih lagi pengguna Facebook. Selain daripada itu, penulisan beliau juga kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami