Wanita

Bantulah Wanita Itu

Oleh Ebit Liew  •  19 Oct 2018  •  3 min baca

Sebak pula terasa, sudah lewat malam saya terjumpa seorang wanita berhampiran kawasan tol dengan 3 orang anak. Dia tersalah jalan, berfikir-fikir bagaimana nak berpusing semula. Dia bertanya saya;

“Dekat mana ya nak beli topup dan jauh tidak kawasan ni dari stesen minyak? Minyak sudah sedikit.”

Saya bertanya kepadanya;

“Akak ada aplikasi waze?”

”Takde pula.”

Saya berkata kepadanya;

“Kalau begitu mari saya tunjukkan. Saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya.”

Sampai berhampiran stesen minyak dia macam lambat mahu keluarkan duit dari beg. Sambil bercakap;

”Aduh macam mana ye.”

Kesian sangat tengok wajahnya penat, letih, lesu. Begitulah ramai wanita di luar sana bernasib begitu, bahkan ada yang lebih menyayat hati. Saya berkata;

“Tak apa kak, saya dah bayar. Akak isi penuh je ye.Saya dah niat dah.”

Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz, saya memang ada masalah. Tiada duit nak isi minyak.

Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak. Saya berikan duit untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini.

Tidak dapat membantu banyak. Dapat membantu sikit sudah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu, sekarang pun ada juga rasa begitu.

Teringat bidadari saya di rumah, begitulah kadang-kadang seorang diri ke sana-sini menguruskan anak dan keluarga. Ramai wanita begitu diluar sana.

Mana mahu menjaga ramai anak. Nak isi minyak, nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit tiada, barang tertinggal.

Kuatnya seorang wanita, kadang-kadang mereka terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah.

Sampai rumah sudah lewat juga. Rindu bidadari saya. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang, saya akan menyelesaikannya. Saya tolong basuh pinggan jika masih belum basuh.

Kesian bidadari saya penat. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar keretanya. Kadang-kadang basuhkan keretanya sekali. Saya selitkan duit sikit dekat dompet isteri. Sambil berdoa;

“Ya Allah, jagakan bidadariku dan anak-anakku.”

Esok bila saya pergi kerja. Saya dapat mesej dari biadadari saya.

”Terima kasih abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love you abang.”

“I love you too sayang bidadariku.”

Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah. Kalau kita tidak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka lah peneman kita di dunia dan akhirat sampai di syurga.

Sedih bila lihat hari-hari di surat khabar ada orang belasah isteri dan zalimi isteri.

“Ya Allah, mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik.”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami